Wednesday, October 19, 2011

Celebrate Birthday Haziq Fahmi

8 Oktober 2011, genap usia Haziq Fahmi 6 tahun. Dah 6 tahun saya menjadi ibu. Menjadi ibu pada 3 orang anak. Inilah wajah-wajah kesayangan hamba!


Kami sekeluarga celebrate birthday Haziq secara kecil-kecilan saja. Beli kek. Nampak saja kek semua pun teruja. Posing gaya orang teruja sket.....




Ini kek birthday Haziq Fahmi. Saya yang mempengaruhi dia pilih kek ni. Kalau ikut selera dia, dia nak kek yang ada gambar kartun yang belum tentu lagi sedap. Nanti tukang habiskan kek adalah saya juga. Baik pilih yang sedap.


Birthday boy posing dengan kek dulu. Itupun jenuh jaga Hadif dan Hana Alesya yang sibuk nak terkam kek.



Happy Birthday Haziq Fahmi!



Keterujaan nak potong kek adalah tidak sama dengan makan kek. Makan main-main je budak-budak ni. Sudahnya saya juga yang kena habiskan.






Masing-masing habis comot. Lepas makan kek sambung makan spagetti yang saya masak. Saya rasa macam tak berapa sedap. Tapi habis licin, lega rasa hati.

No comments: