Monday, October 10, 2011

From Taiping With Love

Kalau ke Taiping atau lebih khusus lagi ke Taman Tasik Taiping, ada banyak tempat yang boleh dilawati. Di sekitar situ, boleh ke Zoo Taiping, Muzium Taiping ataupun ke Bukit Maxwell. Saya memang teringin nak bawa anak-anak naik ke atas Bukit Maxwell, tapi tak berkesempatan lagi. Insyallah, ada rezeki saya akan bawa juga.

Taman Tasik Taiping memang tempat yang cantik kalau nak ambil gambar. Kawasan ni memang terkenal sebagai tempat pilihan pasangan pengantin untuk bergambar.



Anak-anak seronok berlari-lari di sini. Tak reti-reti penat. Ibu ni bateri hampir kehabisan.






Kami duduk lepak sambil tengok permandangan di tasik. Macam pelik saja tengok tasik yang hampir kering. Padahal Taiping ni hari-hari mesti hujan.


Hadif dalam usaha mencari dinasour di dalam tasik.



Confuse sekejap, betul ke ada dinasour dalam tasik ni?


Tak puas hati sebab rasa memang tak ada dinasour dalam tasik ni.


Siapa yang tak percaya kena geletek!



Ok, sebelum dinasour datang menyerang, baik kita balik!!

No comments: