Thursday, October 27, 2011

Karnival Hari Terbuka IPPT

Mengisi hujung minggu yang lapang (lapang sangatlah rumah berselerak tapi malas nak kemas) kami sekeluarga ke Karnival Hari Terbuka IPPT. Itupun dah petang lepas Zohor baru pergi. Time tu memang orang pun dah tak berapa ramai.

Booth yang paling menarik perhatian anak-anak pastinya booth Rumah Haiwan.



Comel-comel je binatang dekat sini. Tapi kesian pada sang arnab. Badan terketar-ketar, maybe stress sebab panas maklumlah dah biasa duduk dalam air-cond hari-hari.


Haziq Fahmi yang sekarang ni cita-cita dia nak jadi Saintis. Terpengaruh sebab selalu tengok TV IQ. Beria dia mencuba alatan di booth Makmal Diagnostik.




Lepas makan, kami semua masuk ke dalam bangunan CTC nak tengok apa yang ada.


Lega sikit sebab sejuk. Di luar memang panas. Di situ ada pertandingan catur. Tapi anak-anak lebih berminat tengok ikan dalam kolam.


Keluar dari bangunan CTC saya ajak mereka naik koc bergerak/bas.


Memandangkan tak ada apa yang menarik, kami turun semula. Sebenarnya koc bergerak ini memberi perkhidmatan mammogram.


Salah satu booth yang budak-budak ni pergi dua kali. Sebabnya ada permainan. Masing-masing sibuk nak mencuba.


Last sekali Haziq singgah di booth Klinik Oral. Minat sungguh dia dengan replika gigi.



Saya ingatkan dia supaya jaga gigi elok-elok. Sekarang ni dia dah masuk fasa tumbuh gigi baru menggantikan gigi susu yang dah jatuh.

Rasa macam sekejap saja kami di karnival sebab tak banyak benda menarik. Datang untuk memberi sokongan dan memeriahkan suasana.

No comments: