Monday, October 24, 2011

Pengsan

Tengok gambar ni siapa-siapa pun boleh pengsan!


Ibu sibuk bekerja di dapur, anak-anak sibuk mengerjakan bilik mainan/mini library di rumah kami.


Nak marah pun tak boleh, benda dah jadi. Ambik kamera dan snap barang sekeping dua untuk dijadikan kenangan.



Bila besar nanti, dah pandai baca, tengok blog ni harapnya insaf sebab menambahkan kerja Ibu dan Abah untuk mengemas.

Anak-anak saya memang aktif..... er, terlampau aktif. Ada saja benda yang nak dibuat. Kadang-kadang kena pandai fikir macamana nak salurkan keaktifan mereka ke arah yang positif. Contohnya, tolong cuci kereta di petang hari.




Suka betul dapat tolong Abah. Tak perlu disuruh-suruh, pandai saja celup kain dalam air sabun dan gosok kereta.




Walaupun banyak main dari betul-betul cuci kereta, sekurang-kurangnya tak adalah perkara merepek yang mereka buat.


Memandangkan hari dah petang sangat dan hampir masuk waktu Maghrib, tiba-tiba bahagian depan rumah saya bertukar menjadi tempat mandi anak-anak.


Kena letak gambar kabur sebab ada gambar Hana Alesya tak pakai baju. Ish..ish...ish...tolong jangan pengsan ye!

1 comment:

AyuArjuna BiGoshh said...

heheheh, anak2 penawar suak duka :)