Monday, October 10, 2011

Riang Ria Raya 2011

Cerita yang agak basi. Saja nak share gambar Raya tahun ini.

Tahun ini kami memilih tema biru muda. Cuma saya dan anak-anak berbaju baru. Huzein pakai baju lama, 4 tahun lepas punya. Kami beraya di Pulau Pinang pada hari raya pertama.

Saya di pagi hari raya. Ehem, saya nampak kurus dalam gambar ni. Oh, itu bukan ilusi optik atau apa. Itu adalah kegigihan berdiet ya kawan-kawan.


Haziq Fahmi di pagi raya. Juga nampak lebih kurus. Ini adalah kerana dia telah berjaya berpuasa sebanyak 29 hari!


Hadif Syahmi di pagi raya. Sibuk dengan bunga api dan mercun sampai tak nak lepas.


Hana Alesya di pagi raya. Bergaya ala model, siap dengan pin besar gedabak atas kepala.


Huzein Fahmi di pagi raya. Seperti biasa masih lagi menjadi kegemaran anak-anak untuk menempek.


Acara wajib pada pagi raya adalah bersalam-salaman. Lepas tu dapat duit raya.





Hari raya kedua, kami sekeluarga pulang ke Ipoh. Budak-budak tak kira Raya ke tak Raya ke, main tetap macam biasa.



Menambahkan lagi huru-hara di rumah Tok dan Opah, ada 2 orang anak saudara saya.




Bila dah ramai-ramai ni main bunga api memang tersangatlah meriahnya.




Kemudian balik ke kampung Opah Huzein di Setiawan. Berjumpa sanak-saudara yang jarang-jarang sekali dapat bertemu.



Tak habis di situ, esoknya kami berkunjung ke rumah Mak Sulong di Selama, Perak.



Bukan saja anak-anak yang huru-hara. Mak bapa pun naik sama. Kalau tak, tak rianglah Raya!

No comments: