Monday, October 10, 2011

Sekitar Swiss Garden Damai Laut

Ops, tak habis lagi cerita pasal Swiss Garden Damai Laut. Ok, janji ini yang terakhir.

Saya nak share gambar yang diambil sekitar Swiss Garden Damai Laut sebelum kami sekeluarga bertolak pulang. Ambil gambar puas-puas sebab tak tahu bila akan dapat peluang datang ke sini lagi.


Di hadapan lobi, ada kolam ikan. Anak-anak saya memang suka tengok ikan, lebih-lebih lagi kalau dapat beri ikan makan. Terus minta biskut yang memang sentiasa saya bawa sebagai bekalan makanan dalam perjalanan untuk beri ikan makan.


Berebut-rebut ikan tu seolah-olah tak cukup makan.



Gambar kami sekeluarga di Swiss Garden. Ini gambar yang terbaik. Yang lainnya, ada saja yang tak kena. Hadif tak lepas kanggaroo kesayangan dia. Bawa ke mana saja.


Lepas tu kami berjalan-jalan sekitar Swiss Garden. Anak-anak berlari, buat macam rumah sendiri (macam biasala tu).



Permandangan dekat sini memang cantik. Kawasannya pun memang besar.





Kami juga sempat singgah di jeti kepunyaan rasmi Swiss Garden Damai Laut. Jeti ini digunakan untuk membawa mereka yang hendak ke Pulau Pangkor. Ada pakej disediakan untuk pelanggan yang berminat.





Kawasan dekat sini memang cantik. Bergambar feeling-feeling pergi oversea.



Ini gambar masa nak balik, berjalan ke kereta. Ini anak dara saya. Nampak tak kaki saya dihujung gambar?


Hadif Syahmi manja-manja kata tak larat nak berjalan. Terpaksala saya dukung di belakang.


Seronok betul dia!


Bye-bye Swiss Garden Damai Laut. Ada rezeki kami sampai lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Tumpang tanya...

Perjalanan nak masuk ke hotel tu ,kiri kanan hutan kan?gelap gelita time malam.

Aishah Megahasz said...

Anon: Perjalanan masuk memang gelap sebab tiada lampu jalan. Melalui kawasan kebun buah naga, memang gelap.