Monday, October 24, 2011

Wang Kelian

Ini merupakan kali pertama saya ke Wang Kelian. Sebelum ini, kalau ke Perlis saya hanya akan ke Padang Besar. Kali ni Huzein ajak kami semua ke Wang Kelian.




Memang teruja kalau datang ke sini. Macam-macam barang dijual di kiri dan kanan jalan. Dari pakaian, beg, permainan, toto dan segala macam bendalah ada dijual dengan harga yang boleh dikatakan agak murah.


Kami ke sana pada hari Ahad. Masuk sampai ke sempadan Thailand.


Tujuan asal kami ke sini sebab nak beli motor mainan yang pakai bateri. Dekat sini harganya lebih murah.



Masing-masing sudah lupa dataran bila masuk ke kedai. Tengok banyak sangat motor mainan, kalau boleh semua nak dicuba.




Harga motor mainan bateri ini RM150 untuk saiz besar. Saiz kecil RM120.00. Walaupun asalnya kami niat nak beli 2, tapi memandangkan saiznya yang agak besar kami beli satu sahaja. Takut tak muat letak dalam kereta kalau beli dua. Motor mainan tu kami beli untuk Hana Alesya.


Bukan main lagi dia bergaya.

Untuk Haziq dan Hadif kami beli skuter kaki.


Skuter ni boleh dilipat, jadi dapatlah jimatkan ruang dalam kereta. Kalau tidak susah juga nak bawa balik.

Basikal dekat sini pun murah. Ikut hati semua nak beli. Tapi memandangkan susah nak masuk dalam kereta dan kami datang dari jauh, niat terpaksa dibatalkan.

Ada juga orang jual ikan perhiasan di sini. Cantik dan comel-comel belaka. Berminat sungguh anak-anak saya melihat.



Haziq minta saya belikan untuk dia. Sorryla Haziq, bukan tak nak belikan untuk Haziq. Belum sampai ke Kulim, ikan ni mesti mati kepanasan dalam kereta.

Selain tu, mainan burung puppet ni juga menarik perhatian mereka.



Pakcik yang jual puppet tu biarkan saja Haziq mencuba.


Hadif dan Hana Alesya bila tengok burung puppet tu bergerak mereka jadi takut dan lari jauh-jauh. Tapi tak beli pun. Saja bagi Haziq cuba main.



Nampak tak motor mainan di sisi Huzein tu? Kesian dia kena angkat berat, anak-anak punya pasal, turutkan saja.

Keluar dari sempadan Thailand, kami ke kawasan kedai-kedai sebelum sempadan. Saya dah malas nak bawa anak-anak keluar dari kereta sebab cuaca panas sangat. Ambil gambar pun dari dalam kereta.


Huzein turun bawa Hana Alesya. Hadif terus melalak sebab tak dapat ikut.



Haziq layan makan roti canai. Lapar sangat agaknya.


Saya turun belikan Hadif gula-gula. Barulah dia berhenti menangis, siap cakap jangan kawan dengan Abah.

Macam-macam hal.

1 comment:

fieda said...

taun lepas pernah gak sampai sini..masa tu raya ke-5 tp kedai byk lagi tutup..frustnya..dah la nk sampai ke sana punya lah jauh..