Wednesday, November 23, 2011

Aidiladha Itu

Hari Raya Haji hampir sebulan berlalu. Tapi saya baru sibuk-sibuk nak tayang gambar raya. Gambar-gambar diambil dengan menggunakan kamera Huzein. Kalau kamera saya sendiri haruslah cepat dapat masuk blog. Tapi gambar dari kamera saya sekarang ni nampak kabur saja, tak lawa. Jadi, malas nak ambil gambar dengan kamera saya, kecuali bila perlu saja.

Wah, panjang membebel. Raya Haji tahun ni tak meriah sangat. Yang best cuma dapat bawa anak-anak tengok acara korban di masjid.

Pagi-pagi seperti biasa acara adalah bersalam-salaman dan memohon ampun.


Tengok Atuk panggil, siap nak duit raya silalah serbu.


Kami beraya di Ipoh dulu kali ini, ikut giliran.



Raya memang tak meriah kalau tak ada budak-budak. Baru 5 orang, rasa macam 10 orang!





CORAT-CORET AIDILADHA


Hana Alesya: Banyak ke dapat duit raya?
Uwais: Skit je, Maksu dengan Paksu takde kuranglah duit raya :(


Hadif Syahmi: Hm...kutipan kurang memberansangkan.


Haziq Fahmi: Baik simpan duit raya ni sebelum Ibu suruh belanja aiskrim.


Hana Alesya: Abah, kenapa janggut Abah comel sangat?


Hadif Syahmi: Haish...boringlah Abah dengan Ibu ni asyik-asyik nak ambil gambar!

GELAGAT ANAK-ANAK BERGAMBAR






Ok, gambar kami sekeluarga pada Aidiladha 2011. Konsep pakaian berjubah gitu. Hana Alesya je tak ada jubah, pakai je baju kurung yang ada.



Tengokla Haziq Fahmi dekat belakang tu. Posing terlampau!

Lepas acara bergambar kami semua ke masjid tengok acara korban di sana. Sibukla tanya kenapa lembu tu kena sembelih? kenapa banyak darah? kenapa itu? kenapa ini? *pengsan*




Tahun ni Abah sekali lagi jadi AJK untuk program korban di masjid. 20 ekor lembu tu kena proses. Lagi banyak dari tahun lepas.



Anak-anak singgah say hi dekat Atuk.



Percubaan memegang kaki lembu.


Happy sebab dapat pegang.



Hadif Syahmi duduk jauh-jauh sebab takut. Hadif ni kalau dengan orang memang dia tak takut. Habis semua orang ditegurnya. Tapi kalau dengan binatang, memang dia duduk jauhla tak kira yang masih hidup atau dah tak bernyawa.

Kami pulang ke rumah selepas itu untuk bersiap-siap. Petang itu kami balik ke Penang untuk beraya di sana pula.

No comments: