Wednesday, November 23, 2011

Bercerai Susu

Hana Alesya lahir pada 28 Ogos 2009.


Masa lahir dia memang sangat tembam. Maklumlah 3.6kg.



Alhamdulillah saya berjaya menyusukan dia selama 2 tahun. Dia menyusu badan sepenuhnya selama 1 tahun lebih dan selebihnya campur dengan fresh milk. Sekarang saya beri dia susu formula berperisa coklat.

Bercerai susu dengan anak bukanlah perkara mudah. Dulu dengan Hadif Syahmi saya menangis sebab kesian. Dengan Hana Alesya pun saya sebak. Sekarang sudah 2 minggu lebih dia dah tak menyusu. Malam-malam saya suruh dia tidur dengan Huzein. Bila tidur dengan Huzein, dia takkan minta 'nenen'.

Saya beritahu dia Alesya dah besar, dah tak boleh minum 'nenen' lagi. Kalau minum nanti Ibu sakit. Dia ulang apa yang saya cakap dan pejam mata untuk tidur. Baik betulla anak Ibu ni.

Banyak kenangan dan pengalaman baru sepanjang 2 tahun lebih menyusukan dia. Bukan yang manis-manis saja, yang pahit pun ada terutamanya stress bila susu merundum. Banyak juga perkara baru yang saya belajar.

Rasa lega pula bila tidur malam tidak terganggu. Oh, saya nak berehat sepuasnya sebelum dapat baby baru. Dah ada baby baru nanti mesti kena berjaga malam menyusukan dia. Merdeka! :D

4 comments:

Salina@IbuAqil said...

uishhhh montelnya dia tecik2 dlu.. gewam!!

Kamilah Che Mat said...

sedih kan kak aishah nak bercerai susu ni..anak 1st dulu saya menangis sebab kesian tgok die..3 bulan lagi kena bcerai susu plak dengan anak 2nd ni...tak tau la mcm mana plak...

Rozy said...

merdeka tu yg tak tahan tu..hehehhe

Aishah Megahasz said...

Salina: Ini budak memang tomok, dululah...sekarang tidak lagi.

Kamilah: For sure akan sedih juga nanti. Silap2 nangis.

Rozy: :P