Monday, November 14, 2011

Cameron Highlands lagi (Day 1)

Ini merupakan kunjungan kali kedua kami sekeluarga ke Cameron Highlands pada tahun ini. Saya menghadiri kursus di sini. Mulanya saya rancang tinggakan Haziq dan Hadif di kampung Ipoh. Hanya Huzein dan Hana Alesya yang ikut. Tapi kesian punya pasal, last-last bawa kesemuanya sekali. Di Cameron Highlands kami menginap di Hotel Equatorial.

Hari pertama di Cameron Highlands nasib kami tidaklah begitu baik. Dengan cermin mata Huzein patah, hujan yang turun dengan lebatnya, tayar kereta pancit dan tiba-tiba pula enjin kereta tak boleh dihidupkan semasa mengisi minyak. Aduh! Hilang mood betul. Nasib baik bengkel kereta dekat dan ada pula yang sudi membantu.



Ini masa di bengkel kereta. Budak-budak ni happy saja main, tak ada masalah lansung bagi mereka.

Selesai bab kereta, kami ke pasar malam. Beli fridge magnet yang jual di kedai berdekatan dengan pasar malam. Murah betul harganya. Dekat sini kalau pandai cari memang boleh dapat fridge magnet yang murah dengan design yang comel-comel.


Hujan memang turun lebat. Tapi kami redah juga sebab nak beli makan malam siap-siap.



Akibatnya malam tu saya sakit kepala dan tak dapat nak attend kursus. Pening, muntah dan lembik. Terus tidur dengan harapan sakit kepala akan hilang dan dapat hadiri kursus keesokan harinya.

2 comments:

Anonymous said...

Hujan lebat eik? Dapat ke lihat banyak tempat? Kalau ke CH lagi jangan lupa lawat Galeri Aromaterapi Nano Mikro-fungus House of Magic Potions di Taman Royal Lily Tanah Rata. Page link di www.deegate.com

Dino

Aishah Megahasz said...

Dino: Thanks for the info.