Monday, November 14, 2011

Cameron Highlands lagi (Day 2)

Alhamdulillah, hari kedua sakit kepala saya telah hilang. Bersemangat saya nak hadiri kursus. Anak-anak menghabiskan masa dengan Huzien lepak-lepak sekitar hotel.





Habis kursus, petang tu kami semua berjalan kaki ke Kea Farm. Kea Farm memang dekat sangat dengan Hotel Equatorial.



Dekat Cameron Highlands jagung rebus dan bakar ada dijual merata-rata. Jagung dekat sini memang sedap dan manis. Makan mentah pun boleh.


Jagung mentah pun ada dijual. Paling murah boleh dapat dalam 8 tongkol untuk RM10.00.


Kea Farm memang syurga membeli sayuran, buah dan juga bunga. Harga dekat sini memang murah-murah.


Kaktus hiasan pun ada dijual di sini. Anak-anak saya singgah tengok sebab suka cucuk-cucuk jari dekat pokok kaktus.


Kalau nak beli buah-buahan kering (strawberi, tomato dan lain-lain) pun boleh beli di sini. Memang banyak pilihan, tapi kena pandai cari kedai yang jual dengan harga yang murah.


Balik dari Kea Farm kami keluar ke pasar malam untuk beli makanan. Lepas tu bergegas balik semula ke hotel sebab saya perlu bersiap-siap untuk dinner bersama semua peserta kursus.

Tema dinner malam tu adalah merah putih. Tak pernah saya pakai merah putih, rasa pelik je.


Gambar kredit to Kak Mas

Dan telah menjadi rezeki saya malam itu, saya menang hadiah cabutan bertuah. Alhamdulillah saya menang hadiah utama iaitu tiket penerbangan dan penginapan ke Jakarta. Syukur sangat-sangat.

2 comments:

AyuArjuna BiGoshh said...

alhamdulillah rezeki berkursus, bercuti dan dapat hadiah...tahniah aishah

Aishah Megahasz said...

Ayu: Thanks. Rezeki contest tak ada, jadilah dapat rezeki yang ni :D