Thursday, November 17, 2011

Cameron Highlands lagi (Day 3)

Hari terakhir di Cameron Highlands kami semua ikut rombongan penganjur kursus, Universiti Malaysia Pahang ke Taman Agroteknologi Mardi Cameron Highlands. Anak-anak saya sangat teruja nak ikut sama sebab naik bas. Ini merupakan pengalaman kali pertama Hadif dan Hana Alesya naik bas. Haziq dah pernah naik bas ikut rombongan tadika.

Masing-masing teruja naik bas.




Sampai di sana, rombongan diberi taklimat mengenai Mardi. Tapi saya tak dengar pun, sibuk mengejar anak sana-sini.





Kawasan dalam Taman Agroteknologi Mardi ni memang cantik.


Kalau ambil gambar di sini boleh berangan pergi Holand. Gambar mesti jadi cantik sebab permandangan cantik ditambah dengan bunga-bunga yang segar bugar di sini.



Saya seperti biasa, mengejar anak saja kerjanya.


Gambar ala-ala berada di Holand.







Kami masuk ke kawasan kebun sayur dan bunga.



Di sini ada kolam ikan. Anak-anak sibuk mintak biskut untuk beri ikan makan. Biskut memang sentiasa ada dalam beg bila keluar berjalan-jalan. Habis semuanya diberi ikan makan. Dengan plastik biskut pun nak bagi ikan makan, aduhai!



Sebelum pulang, saya beli aiskrim strawberi untuk anak-anak makan dalam bas. Bersungguh-sungguh makan aiskrim sampai benda lain dah tak peduli.


Pulang ke hotel kami bersiap-siap untuk check out. Lepas check out, kami makan tengahari dulu di hotel. Terima kasih pada penganjur kursus iaitu Universiti Malaysia Pahang atas layanan yang sangat baik.



Lepas makan kenyang-kenyang kami pun bertolak pulang. Dalam perjalanan singgah sekejap di kawasan orang asli untuk beli rebung. Harga satu plastik (ada 3 ketul rebung) hanya RM5.00. Ada madu asli juga dijual di sini.



Saya hanya beli rebung untuk mak dan mertua. Rebung ni memang sedap kalau dimasak lemak. Tapi kena rebus dulu dan buang airnya. Kalau tidak pahit nanti rasa masak lemak.

Di situ, saya terperasan ada seorang ayah orang asli yang mengendong anaknya dalam kain batik sambil menunggang motosikal. Wah, memang terorlah. Tapi saya tak sempat nak ambil gambar. Hm...saya rindu nak mengendong Hana Alesya. I miss babywearing!

No comments: