Wednesday, November 30, 2011

Hari Minggu, Hari Bersama Keluarga

Bermulanya cuti sekolah, bermulalah acara makan kenduri yang banyak sangat. Tapi saya tak dapat hadir kesemuanya. Pada yang saya tak dapat pergi, mohon ampun banyak-banyak.

Hari Sabtu lepas saya ke kenduri adik kawan Huzein di Bandar Laguna Merbuk, Sungai Petani.


Anak-anak pakai baju sedondon warna coklat.


Kenduri diadakan di dewan. Tepi kolam renang lagi. Memang meriah. Makanan pun sedap-sedap.



Sebelum balik, singgah tengok kolam ikan di luar dewan sekejap.


Hari Ahad ada 4 kenduri yang sepatutnya kami pergi, tapi pergi dua sahaja. Satu berdekatan rumah mak saya dan satu lagi kenduri sepupu saya di Seberang Jaya. Saya terlupa nak ambil gambar anak-anak yang pakai sedondon warna merah. Sibuk bertanya khabar dengan saudara mara.

Hari Isnin, saya masih lagi cuti bersempena Awal Muharram. Mulanya ingat nak duduk berehat di rumah. Tapi tiba-tiba datang idea nak bawa anak-anak tengok wayang. Huzein setuju saja. Haziq dan Hadif pilih nak tengok Puss In Boots. Tapi dalam hati berdoa, harapnya anak-anak tak buat perangai dalam panggung wayang.

Kami ke Kulim Landmark Central. Tengok wayang di Big Cinemas. Saya beli tiket 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Hadif dan Hana Alesya tak perlu bayar. Nasib baik tak ramai orang yang menonton, dapatlah satu kerusi extra untuk kami. Lepas beli tiket, kami makan dulu di food court. Seronok tengok anak dara sorang ni yang pandai berdikari, nak makan sendiri. Habis pula tu makanan yang dimakan.


Lepas makan saya dan Huzein bawa anak-anak ke toilet. Kasi buang apa yang patut. Takut nanti dalam panggung sibuk nak pergi toilet pula. Bila semua dah ok, saya beli pop corn dan minuman.

Sempat juga kami bergambar di depan panggung.



Seronok Hana Alesya, siap 'peace' lagi. Ini merupakan kali pertama Hana Alesya menonton wayang. Haziq dan Hadif dah beberapa kali kami bawa.




Lega bila di dalam panggung anak-anak tak buat perangai. Haziq dah biasa, jadi dia memang tumpu perhatian tengok cerita Puss in Boots ini. Haziq pun tak banyak karenah, cuma dia tak pandai kontrol suara. Kuat betul bila bercakap. Hana Alesya memang budak baik. Duduk diam saja di atas riba saya.

Setengah jam sebelum cerita Puss in Boots habis, Hana tertidur.

Habis tengok wayang, Haziq dan Hadif ajak main boling. Saya dah malas nak main. Tapi bila tengok anak-anak yang bersungguh-sungguh sangat ni, terus saya mengalah. Bayaran adalah RM12 untuk 3 game.



Haziq mulanya nak baling bola 13. Berat tu, suruh dia tukar bola 8.



Hana Alesya menangis (dengan kuat sekali) sebab nak main sama. Ini lagi seorang suka mencuba perkara baru. Lansung tak reti takut.


Bagi keropok pun tak mahu. Bila Abah pujuk kata kena tunggu giliran barulah ok sikit.


Gigih tu nak angkat bola boling sendiri. Padahal bola tu tu skit lagi sama berat dengan dia.




Nasib baik Hadif Syahmi duduk diam sambil makan keropok. Kalau tidak dialah yang banyak songeh.



Banyak bola yang masuk longkang dari terkena pin boling. Tak apalah, asal anak-anak happy. Kalau baik, lain kali Ibu belanja lagi main boling.

Habis main, kami pergi beli dinner dan terus balik rumah. Hari tu saya tak masaklah, cuma pagi tu je saya buat sarapan. Lega dan happy!

2 comments:

Honey Sakura @ eiMyLiciOus said...

da besarr anak dara kak aisha kan??? pandai makan sndri da....seronok tgk dia mkn....

Aishah Megahasz said...

Eimy: Dah 2 tahun lebih, nak dukung pun dah tak larat..hehehehe