Tuesday, November 29, 2011

Haziq Fahmi: Graduation Concert 2011


Bila akhir tahun menjelang, seperti biasa sekolah Haziq, Tadika Minda Cerdas (TMC) akan mengadakan Graduation Concert. Tahun ini, sama seperti tahun lepas, konsert di adakan di Kulim Golf Club.



Pentas tahun ini bertemakan Mickey Mouse.



Kalau tahun lepas, tempat duduk adalah bebas. Tapi, tahun ini kerusi ditandakan dengan nama pelajar. Kami sekeluarga duduk di bahagian depan sekali.




Hampir penuh juga dewan dengan kehadiran semua ibubapa dan ahli keluarga yang memberi sokongan.


Acara dimulakan dengan kata kata aluan dan nyanyian lagu-lagu patriotik seperti Negaraku.


Jom tengok gelagat Haziq sepanjang persembahan berlansung.








Hana Alesya sesekali bangun berdiri menari mengikut persembahan.


Selesai semua persembahan, acara yang berikutnya adalah penyampaian sijil dan hadiah.

Haziq Fahmi bersedia menunggu giliran untuk ambil sijil dan hadiah.




Manis je muka dapat hadiah dari Pengetua TMC, Teacher Noor.

Lepas acara penyampaian hadiah, persembahan penutup dari semua pelajar. Tahun ini merupakan tahun terakhir Haziq di TMC. Bye-bye semua kawan-kawan. Wah, tahun depan dah nak naik darjah 1. Ibu terasa sudah tua :P




Acara tambahan untuk memeriahkan konsert pada tahun ini adalah cabutan bertuah. Saya dapat juga hadiahnya. Tapi, awal-awal lagi Hadif dah sibuk-sibuk nak pegang. Jawabnya hadiah tu akan jadi hak dia, sesiapa pun tak boleh sentuh.




Last sekali, pelajar-pelajar yang birthday jatuh pada waktu terdekat, diraikan dalam acara potong kek beramai-ramai. Kek yang saya beli berdekatan tempat kerja, tak berapa cantik. Tapi asal ada sudahlah. Dah tak sempat nak cari kek yang cantik sebab beli last minute.


Manisnya senyum, seronok sangat nak potong kek.



Bye-bye TMC. Dari umur Haziq 3 tahun dia berada di sini. Kira 4 tahun dia bersekolah di sini. Tahun depan Haziq akan masuk darjah 1. Cabaran baru bakal bermula, untuk dia juga saya dan Huzein sebagai ibubapa.




Risau sikit Haziq nak masuk darjah 1 sebab dia akan duduk dalam persekitaran yang lain, pelajar pun lagi ramai, kena pandai berdikari dan macam-macam lagi. Saya sebagai Ibu, tersangatlah risau. Harap semua akan berjalan lancar pada tahun depan. Insyallah.

No comments: