Wednesday, November 30, 2011

Jerejak Resort

Saya memang lama dah merancang nak bawa anak-anak ke Jerejak Resort. Nak bagi pengalaman naik bot pada mereka. Bila Groupon buat offer RM120.00 untuk penginapan termasuk sarapan pagi untuk 2 orang dan tambang bot pergi dan balik ke Jerejak Resort, saya terus beli.

Pulau Jerejak dahulunya merupakan pulau yang menempatkan banduan dan pesakit kusta. Sekarang telah dibangunkan menjadi pusat peranginan. Sebelum ini, saya pernah datang ke sini semasa berkursus. Peserta kursus telah dibawa melawat ke penjara, perkuburan banduan/pesakit yang tidak dituntut oleh ahli keluarga mereka dan kawasan sekitar. Seram pun ada juga bila ke tempat-tempat lama macam ni.

Tapi, perancangan kami hanya pergi berehat-rehat sambil layan anak mandi kolam saja. Kat sini memang sesuai sebab tempatnya nyaman dan berlatarbelakangkan hutan.

Kalau nak Jerejak Resort kena check Jadual Bot dulu. Jadi, tak adalah lama sangat menunggu di Jeti. Mulanya kami rancang nak naik bot jam 2.30petang. Tapi terlambat sebab sibuk beli dinner siap-siap. Jadi kami naik bot jam 3.45petang.

Di Jeti saya tengok ucapan selamat datang untuk semua tetamu yang bakal menginap (nama saya tersalah eja).


Tak ramai sangat orang menunggu ke Jerejak Resort. Mungkin sebab cuti sekolah baru bermula.


Jeti ditutup dan hanya akan dibuka bila bot sampai.


Siap tulis dekat situ tak boleh bawa makanan dari luar. Tapi kami dah beli dinner, nasi beriani dengan murtabak di Hameediyah buat bekalan. Nasib baik letak dalam beg.


Permadangan dekat Jeti ni memang cantik.


Sambil tunggu bot dapat tengok sesi bergambar untuk pengantin.



Kat bawah tu tersangatlah panasnya. Habis cair make-up pengantin.

Bila bot sampai, barulah Jeti dibuka. Jauh juga berjalan ke bot. Nasib baik beg tak berat.


Haziq, Hadif dan Hana Alesya seronok sangat nak naik bot.



Perjalanan dengan bot mengambil masa lebih kurang 15-20 minit untuk sampai.



Di belakang bot, dari jauh boleh nampak Jambatan Pulau Pinang.


Hadif Syahmi jadi baik naik bot. Cuak kot :D


Haziq Fahmi duduk di bahagian tepi tengok dalam air.



Di bahagian tepi bot boleh nampak tempat nelayan menyimpan bot yang berlatarbelakangkan pembangunan pesat.


Boleh juga nampak Queensbay Mall yang terkenal di Pulau Pinang.


Selain kami berlima, ini pun terpaksa kami bawa juga.


Menang tak boleh tinggal bestfriend Hadif ni.

Kebetulan masa kami dalam bot, ada kapalterbang lalu.



Kawasan ni memang berdekatan dengan Lapangan Terbang Pulau Pinang. Jadi dapatlah tengok kapalterbang lalu selalu.

Akhirnya sampai kami ke Jeti sebelah sana.


Dari Jeti ke kaunter check in penatlah juga berjalan. Boleh tahan jauhnya.


Lepas check in kami semua berehat sambil menonton TV. Siaran di sini tak berapa bagus. Cuma beberapa stesen TV yang clear.

Bilik di sini besar dan selesa untuk kami sekeluarga. Bilik air pun besar, keluasannya separuh dari bilik tidur.


Petang tu kami menghabiskan masa di kolam renang. Bagi anak-anak main air sepuas-puasnya.

Malamnya kami dinner di dalam bilik sahaja. Makan bekalan yang dibeli. Lepas makan anak-anak menonton cerita Toys Story di laptop Huzein.



Esok pagi-pagi kami semua turun bersarapan di cafe. Anak-anak turun makan pakai baju tidur.


Pilihan makanan tak banyak sangat. Telur separuh masak yang diminta, telur rebus yang dapat. Berapa kali pergi ambil pun dapat telur rebus juga.


Anak-anak saya tak banyak songeh. Makan saja apa yang ada.

Cafe terletak bersebelahan dengan kolam mandi.


Nampak saja kolam, anak-anak dah sibuk nak pergi mandi. Ajak ambil gambar pun dah tak nak bekerjasama.


Sabar ya anak-anak. Jom kita jalan-jalan dulu.




Saja try jalan-jalan atas baru refleksologi. Mak aih, tak boleh tahan saya. Sakit.




Huzein ajak kami semua ke Survival Store yang terletak bersebelahan kaunter check-in. Nak beli ubat untuk Hadif sebab badan dia panas sikit, nak demam.


Macam-macam keperluan ada dijual di sini. Maklumlah dah duduk jauh di pulau, kedai inilah tempat bergantung.


Nasib baik ada jual ubat demam. Terus bagi dia makan.


Lepas tu kami semua pergi berjalan-jalan ke pantai.






Haziq, Hadif dan Hana Alesya macam boring saja duduk tepi pantai sebab tak ada aktiviti nak buat. Asyik-asyik ajak mandi kolam. Pagi lagi dan sejuk pun tak kisah. Jadi, kami balik ke bilik dan tukar pakaian. Kemudian, kembali ke kolam mandi.





Air ni agak dalam untuk Hana Alesya sebab airnya separas mulut dia. Tapi, bukan main lagi tak nak pakai pelampung. Saya paksa juga. Lepas tu sibuk nak main gelongsor macam budak besar. Terpaksa tunggu dekat bawah untuk sambut dia. Takut dia terjatuh dalam air dan tenggelam. Ada budak yang lagi besar dari dia pun takut nak naik gelongsor ni.





Yang paling tak tahan bila dia tunjuk aksi terapung dalam air. Sikit pun tak takut. Saya yang takut dia terlentang ke belakang.




Jam 11.00 pagi kami balik semula ke bilik. Bersiap-siap untuk check out.

Lepas check out, kami terus ke Jeti menunggu bot untuk pulang. Bila saya tengok bot yang bakal kami naik, terus kecut perut. Bot ni tak sama macam bot yang kami naik semasa datang ke Jerejak Resort. Bos jenis bot laju dan kena pakai jaket keselamatan. Bot ni boleh memuatkan lebih kurang 15 orang sahaja.




Nasib baik botnya laju, cuma ambil masa dalam 10 minit untuk sampai.

Sampai saja kami terus ke Mydin untuk beli barang keperluan rumah dan terus ke Juru untuk makan di Seoul Garden.

Nampaknya ini percutian keluarga yang terakhir untuk kami pada tahun ini. Bulan Disember nanti saya dan Huzein akan sibuk dengan urusan Haziq yang akan masuk ke darjah 1 dan Hadif yang akan mula bersekolah tadika. Ada rezeki, tahun depan kita jalan-jalan lagi.

9 comments:

Imaan09 said...

wahh..besnyaa.. tp klu anak kecik sgt..xsesuai kan.. untung beli kt kupon2 ni klu mmg berhasrat nk g..

Aishah Megahasz said...

Imaan09: Kalau akak nak pergi, redah je tak kiralah bawa anak kecik ke :D. Nak cuti-cuti boleh survey kupon dekat Groupon atau Milkadeal boleh dapat yang murah-murah.

mama_umar_maryam said...

slm kenal ;).

akan pegi sini jumaat esok ;)

Aishah Megahasz said...

Mama Umar Maryam: Salam kenal. Have fun! Jangan ketar naik bot dahla...:D

dahliana said...

Mcm mana book..??

Aishah Megahasz said...

Dahliana: Akak beli kupon dekat groupon (baru boleh dapat harga RM120.00 tu) pastu call Jerejak Resort untuk book. Boleh tengok dekat website dia http://www.jerejakresort.com/

samihah jamil said...

mcmne nk beli kupon dekat groupon. rm120 tu termasuk apa? penginapan, pengangkutan bot, lg? penginapan bilik tu utk bpe org? maksudnya dlm bilik tu ada bpe katil?

Aishah Megahasz said...

Samihah: Kupon offer ke Pulau Jerejak ni rasanya dah habis. Kena buka website http://www.groupon.my/ selalu untuk tengok offer. Kalau ada offer baru boleh beli. Pakej yang saya beli tu termasuk penginapan, sarapan untuk 2 orang dan tambang bot.

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian pengalaman... :-)