Thursday, November 17, 2011

Kalau Ke Ikea.....

Huzein ada kursus di KL, jadi saya mengada-ngada nak ikut sama. Kali ni cuma bawa Hana Alesya. Haziq dan Hadif tinggalkan di kampung Ipoh bersama dengan Opah dan Atuk.

Kalau ke KL, tak sah kalau tidak ke Ikea. Ikea memang best sebab boleh beli barang keperluan rumah yang designnya cantik-cantik. Tapi yang paling best kalau ke Ikea saya mesti nak makan meatballnya yang sedap itu. Kali terakhir saya makan meatball tu masa saya mengandungkan Hana Alesya 7 bulan. Dah lama sangat tu.


Wah, makan tak pandang kiri kanan.


Abang-abang tak ada tak jenuh sangatlah saya melayan Hana Alesya.


Lepas makan kami shopping barang sikit di Ikea dan cepat-cepat balik ke Ipoh. Kesian Haziq dan Hadif tunggu lama mana ibu dengan abah tak balik-balik.

Kalau ke Ikea, jangan lupa cuba makan meatball ni. Memang sedap, terbaik!

1 comment:

hafizulhakim said...

sedapnya meatball!! :)