Friday, November 11, 2011

My Birthday

Cerita yang sudah agak basi. Tapi memandangkan ini adalah peristiwa penting, jadi perlu masuk juga dalam blog.

Tahun ni saya sudah 23 tahun (ok, saya tipu!). Celebrate kecil-kecilan sahaja dengan Huzein. Ambil cuti dan keluar dating berdua di Jusco Perda. Mulanya kami tengok wayang. Aktiviti yang selalu kami buat dulu-dulu masa berdua. Sekarang dah berlima susah sikit nak tengok wayang. Cerita yang kami tengok adalah Real Steal.


Ceritanya memang best! Ada sesetengah part tu saya sebak sangat dan hampir menitiskan airmata. Mak oi....tengok cerita robot pun boleh nak nangis. Apa punya sensitif pun tak tahula.

Habis tengok wayang, makan time! Mulanya berhajat nak pergi ke Seoul Garden. Tapi terpaksa dibatalkan sebab jauh di Juru. Ambil masa nak ke sana. Jadi, kami makan di Restoran Johnny's.


Memandangkan masih awal lagi, tak ramai orang ada di situ. Melihat susunatur restoran ni, memang sesuai kalau bawa family makan di sini.



Makanan yang famous di sini adalah steamboat. Jadi, kami pilih untuk makan steamboat.


Pakaian waiter bukan main lagi, macam kat restoran mewah.


Tapi nampak macam kureng skit bila sup steamboat dia letak dalam cerek. Terus tak nampak mewah...hahahahaha.


Itu air Huzein. Air jambu campur durian belanda. Order air pelik, rasa pun peliklah. Saya pun tak sanggup nak habiskan.


Selain steamboat, kami order mee yang dibuat daripada bayam. Dihidangkan bersama ayam. Nama mee ni saya tak ingat. Rasanya pelik juga. Saya yang jadi tukang habiskan sebab Huzein kata tak sedap. Tak sesuai dengan tekak dia.


Ini antara bahan yang akan masuk dalam periuk steamboat. Sikit sangat bagi saya (nampak sangat kuat makan!).



Macam tak puas makan di Restoran Johnny's. Pilihan makanan untuk steamboat terhad dan jumlah dalam satu-satu pinggan sikit saja.


Yang sedap pun bagi saya adalah sos cicahnya.


Saya lebih prefer Seoul Garden. Lebih banyak pilihan dan kita boleh pilih apa yang kita nak makan dan berapa banyak nak makan. Boleh makan sampai pecah perut. Itu belum termasuk pencuci mulutnya lagi. Memang terbaik!

Oh ya, bercakap tentang birthday mestilah ada hadiahnya. Ini hadiah dari Huzein.


Saja ambil warna pink, feeling-feeling muda remaja. Beg betulnya tak adalah pink sangat macam dalam gambar. Order jauh dari UK jadi ambil masa lebih kurang 2 minggu lebih untuk sampai.

Terima kasih abang!

No comments: