Thursday, December 29, 2011

Auto City Juru Di Waktu Malam

Kami bertolak dari Ipoh petang tu. Mulanya ingat nak singgah di Zoo Taiping tengok Night Safari. Tapi hujan rintik-rintik terus tak jadi. Saya ajak Huzein singgah di Auto City, Juru. Kononnya nak celebrate anniversary. Dah 7 tahun dah. Huish, rasa macam baru saja kahwin, tiba-tiba anak dah 3 orang.

Punyalah ramai orang dekat Auto City malam-malam macam ni, nak parking pun susah.


Paling best, dekat sini ada banyak booth jual barang. Macam-macam ada. Yang paling banyak dijual adalah beg, baju, kasut dan mainan untu budak-budak.

Dalam bersesak-sesak macam tu, Haziq dan Hadif boleh singgah main mainan.


Menambahkan lagi ramai orang, malam tu sebenarnya ada pertunjukkan kebudayaan sempena Krismas.



Auto City pada waktu malam memang cantik. Di kelilingi lampu-lampu yang berbentuk binatang. Hana Alesya takut-takut bila saya bawa dia dekat dengan dinasour ni.



Huzein masuk ke Factory Outlet Store (FOS). Saya malas nak ikut sama. Jadi, saya duduk di luar dengan anak-anak. Bila nampak satu stall jual aiskrim, saya dengan baik hatinya nak belanja aiskrim. Kalau tak silap aiskrim Swensens. Harga tidak diletakkan. Saya minta tiga aiskrim, 2 perisa vanila dan satu coklat. Bila di tanya harga, terketar saya membayar. Harganya RM9.90 satu.


Wah, anak-anak sila makan hingga ke titisan terakhir ye sebab harganya tersangatlah mahal. Nasib baik sedap.

Memandangkan makan aiskrim mahal, saya terus kenyang. Makan pun share saja dengan Huzein bila kami semua singgah makan di Subway. Oh, romantikla katakan. Maklumlah celebrate anniversary. Gambar tak ambil sebab malas nak keluarkan kamera dan sibuk layan karenah anak-anak.

2 comments:

CIK JATT said...

dekat sangat dengan rumah saya nih. kat auto city tu segala macam jenis makanan ada. tapi semua yang mahal2

Aishah Megahasz said...

Cik Jatt: Yang mahal-mahal tula yang kasi gumuk..hehehheee. Sekali sekala makan bolehla.