Monday, December 5, 2011

Happy Birthday Opah!

Weekend yang lepas saya sekeluarga balik ke kampung Ipoh. Hajatnya nak balik minggu sebelum ni sebab cuti 3 hari (sempena Awal Muharram) tapi tak jadi. Banyak kenduri yang nak kena pergi.

Kebetulan waktu kami balik ke kampung, hari Ahad tu jatuh pada hari birthday Mak. Jadi tengahari tu kami semua keluar makan-makan di luar. Yang turut serta hari tu termasuklah Mak, Abah, Saya, Huzein, Haziq, Hadif, Hana Alesya dan juga anak saudara saya Imaan dan Uwais yang kebetulan memang ada dekat kampung.

Haziq request nak makan Pizza Hut. Macam birthday dia pulak. Jadi kami semua ke Pizza Hut.


Dapat cuba makan pizza baru yang kaya dengan cheese ni. Sedap, tapi muak tak boleh makan banyak-banyak.


Inilah gelagat anak-anak saya dan anak-anak saudara yang melebih-lebih dari orang yang celebrate birthday.







Huru-hara jugalah Pizza Hut dibuatnya. Budak-budak ni yang lebih, buat macam birthday sendiri.


Tak beli pun kek untuk mak. Cuma makan-makan saja. Apapun untuk mak semoga panjang dan dimurahkan rezeki. Bertambah lagi cucu pun kira rezeki juga tu. Habihla tunggang-langgang rumah bila ramai-ramai sekali balik. Happy Birthday Mak!

* gambar tak cantik sebab pakai kamera saya :D

3 comments:

cikpuanhady said...

seronok kan kalau dpt kumpul ramai2, makan ramai2..moga mak akak panjang umur & murah rezki..

yangyuyu said...

jom join GA

hadiah photobook, cash dan besarkan gambar

http://bamyuyu.blogspot.com/2011/12/ladies-photographer-giveaway.html

Aishah Megahasz said...

cikpuanhady: Amin....

yangyuyu: Insyallah akan join nanti sebab hadiah menarik.