Friday, December 30, 2011

Saya budak baru belajar

Tahun depan Haziq Fahmi dan Hadif Syahmi akan memulakan sesi persekolahan yang baru. Jadi bila dah nak masuk sekolah ni, seperti biasalah kena ambil gambar.

Haziq Fahmi akan masuk Tahun 1. Dah masuk Tahun 1 ni kena belajar berdikari lebih sikit sebab tadika dan sekolah rendah tak sama.


Manis je senyum. Haziq dah biasa ambil gambar di kedai gambar. Jadi, bila ambil gambar kali ni, dia dah tahu apa nak buat.

Hadif Syahmi akan mula masuk tadika. Tahun depan umur dia akan mencecah 4 tahun.

Ini kali pertama Hadif ambil gambar di kedai. Macam-macam kami ajar supaya gambar yang terhasil cantik. Tapi last-last inilah yang terbaik.


Nampak macam sedih, tak rela gitu. Dah ada pengalaman ni, harapnya lain kali bila ambil gambar tak adalah muka sedih macam ni ye. Nak muka ceria dan tersenyum manis.

3 comments:

Cik Rose Cute said...

adik taknak senyum hihihi

follow sini..

.:chEyaNtie:. said...

kakak, dah dok bertam ke?semuanya sekolah kat bertam ni nampaknye.anak saya khalifah intelek jugak tapi 5 tahun hehe

Aishah Megahasz said...

Cik Rose: Tula...penat mengajar. Itulah yang terbaik dia dapat beri..heheheh

Cheyantie: Ya, tahun ni start duduk di Bertam. Tapi tak dapatlah kita bertembung sebab 4 tahun dan 5 tahun duduk tempat asing. Insyallah berjumpa juga bila ada acara sekolah nantikan.