Tuesday, December 20, 2011

Seoul Garden Terbaik!

Ini merupakan kali ketiga saya makan di Seoul Garden, Auto City Juru. Datang bersama anak-anak ke sini, adalah kali pertama. Sebelum-sebelum ini saya datang bersama Huzein saja.


Kenapa saya suka Seoul Garden? Di sini boleh makan sebanyak mana yang boleh selagi mampu. Siap ada dessert dan yang paling best ada aiskrim. Memang sesuai sangat bawa family makan di sini.

Harga yang dikenakan boleh check DI SINI. Huzein bayar ikut harga student sebab dia ada student card. Hadif dan Hana Alesya free.



Pilihan makanan, tak payah cakap, memang banyak sangat. Entah berapa kali saya ulang ambil udang sebab Hadif dengan Hana Alesya memang suka makan udang.

Ada mee, bihun, makanan laut (udang, sotong dll), ayam, daging, pelbagai jenis ball (fish ball, ketam ball dll) dan sayur-sayuran (termasuk juga cendawan). Lepas tu boleh makan buah-buahan (oren, tembikai, honeydew dll) dan juga dessert. Aiskrim ada 8 perisa aiskrim yang boleh dicuba. Minuman ada yang bergas atau boleh pilih jus dan boleh tambah sendiri.

Anak-anak saya memang teruja sebab makanan kena masak sendiri. Sibuk nak mencuba sama. Di sini boleh masak secara steamboat dan barbeku.



Part yang anak-anak saya paling suka mestilah makan aiskrim. Entah berapa kali ulang makan aiskrim sampai comot-comot.


Menyesal bagi Hana Alesya pakai baju putih sebab habis kotor dengan aiskrim.

Habis makan semua sibuk nak tengok air terjun.


Tengokla gelagat budak-budak yang kenyang ni.


Insyallah akan bawa anak-anak ke sini lagi. Masa tulis entry ni pun terasa-rasa macam nak pergi makan di situ :D

No comments: