Wednesday, January 26, 2011

NEW BLOG LAUNCH GIVEAWAY!

Siapa mau ini Wristlet? RM275 tau harganya. Mahal bagi saya, tapi kalau dapat percuma saya memang suka!

Syaratnya cuma jadi follower http://arianamir.blogspot.com/. Lepas tu jangan lupa tweet, blog ataupun share dalam Facebook. Mudah je!

KLIK DI SINI untuk maklumat lanjut.

Selamat mencuba!

Wednesday, January 19, 2011

Jom Ke Kedai Gambar Kami

Dengan anak-anak yang seramai 3 orang, sesi bergambar saya tak pernah sempurna. Ada saja aksi-aksi 'over acting' yang dibuat anak-anak.


Kalau dengan KedaiGambarKami, mungkin gambar-gambar saya bersama keluarga lebih cantik seperti ini.



Atau wajah anak-anak dirakam comel seperti ini.


Bukannya seperti ini :P


Kemudian, gambar-gambar yang cantik ini diabadikan oleh KedaiGambarKami di dalam photobook seperti ini.



Wah wah, sungguh menarik sekali.

Selain khidmat fotografi, KedaiGambarKami juga menyediakan perkhidmatan membuat photobook, blog banner dan blog header. Hasilnya cantik-cantik juga.




Oh, itu belum tengok lagi gambar perkahwinan yang diambil oleh KedaiGambarKami.



Rasa macam nak jadi pengantin semulakan?

It's more than meets the eyes! Jom ke KedaiGambarKami(www.kedaigambarkami.com)

Anda juga berpeluang memenangi photobook dengan menyertai giveaway yang dianjurkan oleh KedaiGambarKami. KLIK DI SINI.


Memang menarik!

Monday, January 17, 2011

Menggamit Kenangan Er..Kemarahan?

Mari-mari tengok gambar pengantin yang comel ini.


Gambar yang sungguh menggamit nostalgia. Eh, mari-mari tengok anak dara yang comel ini.


Ya, dia pakai baju yang saya dah tak muat nak pakai. Dalam hati rasa cemburu? Taklah, mana ada. Banggalah...ngeh, ngeh, ngeh. At least baju tu ada juga gunanya. Baju ni cuma pakai 2 kali, sekali masa akad nikah dan sekali lagi masa sesi bergambar dalam studio. Lepas tu gantung dalam almari. Lepas dapat anak seorang, dah tak boleh berangan nak pakai. Kirim salam.

Tak dapat bergambar pakai baju tu pun takpe. Dapat bergambar dengan orang lain yang pakai baju tu pun dah cukup bagus.


Ini adalah sepupu sepapat saya, Aya (Suraya) yang bertunang baru-baru ni. Ikut-ikut family sebelah lelaki minta buat akad nikah terus, malas nak buat acara bertunang ni. Tapi family dia minta buat juga acara bertunang, jadi buatlah yang simple-simple saja.

Memandangkan bakal pengantin lelaki tak ada, Hadif Syahmi naik tocang. Asyik-asyik dia saja yang bergambar dengan Aya. Amboi-amboi.....




Menjeling, tak boleh tahan.....





Sudah, sudah, sebelum mengundang kemarahan pergi main dekat luar.


Isk, tapi main pasir dekat luar rumah memang menjadikan ibu sangat marah!

Friday, January 14, 2011

Tolong Abah Di Hujung Minggu

Kadang-kadang seronok juga menghabiskan masa hujung minggu di rumah. Asyik pergi ke Tesco ataupun Giant membeli barang keperluan rumah ataupun ke shopping mall menghabiskan duit, duduk di rumah dan buat aktiviti bersama anak-anak adalah pilihan yang paling bijak.

Selain menjimatkan, banyak kerja yang boleh dibuat. Weekend yang lepas, awal pagi Huzein sibuk memotong rumput yang semakin panjang. Sebelum menenggelamkan taman rumah kami yang sekangkang kera tu, baiklah dipotong. Jadi sebagai anak yang baik, Haziq, Hadif dan Hana Alesya sudi-sudikanlah membantu.


Sila abaikan muka sememeh yang belum mandi. Lepas Huzein habis potong rumput, saya minta anak-anak kutip rumput yang dipotong dan masukkan ke dalam plastik sampah.


Ok, kerahan tenaga bermula. Sila buat kerja masing-masing!




Sambil-sambil tu membuat pelbagai gaya bila saya nak ambil gambar. Ada-ada saja budak-budak ni.



Hana Alesya nak buat 'peace' tapi tak pandai. Jadilah aksi 1Malaysia.

Yang saya paling tak tahan tengok Haziq buat aksi 'kuat' ini.


Konon-konon je kuat tu. Bila suruh pegang siput ni, terus menjerit takut. Kuat ke gitu?

Tuesday, January 11, 2011

Giveaway Sambil Beramal


Jemput beramai-ramai untuk turut serta dalam Mysunshine Cupcakes Giveaway dengan tujuan untuk membantu Rumah Titian Asraful Rohaniah (RTAR).

RTAR yang terletak di Teluk Intan, Perak merupakan rumah kebajikan untuk Warga Tua, Warga Terbiar, Anak Yatim, Warga Istimewa dan Warga Kurang Upaya.



Bagi yang berminat untuk menyumbang bolehlah berhubung dengan Puan Rohana Saidin:-
HP: 013-4550013
Telefon: 05-6237530
E-mel: rtar@streamyx.com
Akaun CIMB: 080212 5294 0051 (atas nama Rumah Titian Ashraful Rohaniah)

Maklumat lanjut berkenaan Rumah Titian Ashraful Rohaniah KLIK DI SINI.
Maklumat lanjut berkenaan Mysunshine Cupcakes Giveaway & Help Rumah Titian Ashraful Rohaniah KLIK DI SINI.

KECIL SUMBANGAN ANDA, BESAR MAKNANYA BAGI MEREKA.

Monday, January 10, 2011

Hadif Dan Kanggarunya

Sibuk-sibuk menonton TV di rumah, saya terperasan sesuatu.


Ok, saya tau ramai yang perasan Hadif Syahmi pakai seluar terbalik. Ni kes semua nak buat sendiri, tak nak orang lain tolong. Tapi saya bercakap tentang perkara lain.

Cuba tengok gambar ni pula?


Gigihkan, sibuk main komputer tapi kanggaru kesayangan tak lepas dari tangan.



Kanggaru ini dihadiahkan oleh maksunya yang sekarang tinggal jauh di Australia.


Dari secomel-comel si kanggaru ni sampailah dah jadi comot macam ni. Hidung kanggaru ni pun dah terkeluar. Bau tak payah nak cakaplah, baunya sungguh asyem tapi Hadif tetap sayang. Tidur malam mesti bertemankan kanggaru, kalau tak mesti melalak cari.


Nampak gayanya Hadif dan kanggaru dah jadi macam Haziq dan patung Poohnya.

Kalau kanggaru ni dah hilang camna ye?

Wednesday, January 5, 2011

Sorotan 2010

Hampir seminggu kita semua memasuki tahun 2011. Mesti ramai yang pasang azam baru. Azam saya? Entahlah rasanya macam yang dulu-dulu juga, nak berjimat, nak kuruskan badan, nak jadi anak, isteri & ibu yang baik..... sama saja. Jadi, tahun 2011 ni saya malas nak berazam.

Sebelum buat entry baru untuk tahun 2011 ni, saya nak listkan 10 perkara terbaik bagi saya pada tahun 2010.

1) Awal tahun saya sangat happy sebab dapat berita baik gred jawatan saya telah dinaikkan dan lagi happy sebab menang Snuggbaby Soft Structure Carrier (SSC). Permulaan tahun yang baik bukan?


Ada juga menang hadiah yang lain macam Wii, water filter tapi hadiah SSC ni paling saya suka.

2) Ahli keluarga saya bertambah bila adik ipar saya Yati melansungkan perkahwinan.


3) Saya berjaya menyusukan Hana Alesya secara ekslusif selama 6 bulan dan alhamdulillah sehingga sekarang masih lagi menyusukan dia.


4) Haziq Fahmi menjadi best student. Bangga ibu!


5) Berjaya potty train Hadif Syahmi. Anak ibu dah besar!


6) Pembelian terbaik 2010 jatuh kepada Medela Freestyle Breastpump dan Melkaj Mei Tai. Medela FS menjadi kesayangan sebab terlalu banyak membantu saya dalam usaha untuk breastfeeding. Sebelum ini saya cuma pakai Avent Manual sahaja.


Melkaj Mei Tai begitu susah nak dapatkan. Dari bulan Mei saya mula hantar emel untuk beli, sampailah bulan Ogos baru mei tai ini sampai ke tangan saya. Itu belum kes mei tai hilang dalam perjalanan. Bila sampai, lega dan bersyukur sebab sesuai dan best sekali. Rasa macam sayang nak jual bila dah tak pakai. Bolehkah diwariskan pada anak, buat macam harta pusaka...hahahahaha


7) Usia perkahwinan saya dan Huzein sudah menjangkau 6 tahun. Meh tengok kami 6 tahun dahulu. Slimkan?


8) Pertama kali mencuba baby wrap. Saya ingatkan susah sangat, tapi senang je.


Dulu saya hanya menggunakan pouch dan mei tai with buckle (buckle-tai). Tapi pada tahun 2010 saya telah mencuba semuanya termasuk SSC, ring sling dan wrap! Rasa sempurna sekali sebab dah cuba semua kategori babywearing. Walaubagaimanapun, saya rasa lebih selesa dengan ring sling dan mei tai.

9) Pertama kali bawa Haziq dan Hadif menonton wayang. Satu pengalaman baru bagi mereka dan pengalaman baru untuk saya juga.


10) Jalan-jalan paling best tahun 2010 masa pergi ke Lumut. Sebabnya anak-anak merasa mandi laut dan gelihati tengok gelagat mereka merasa air masin.


Mudah-mudahan 2011 menjanjikan lebih banyak perkara yang baik untuk saya dan keluarga.