Friday, February 25, 2011

Dino Trek 2

Teringin nak melawat Petrosains? Tapi rasa jauh sebab di KL. Saya dah pernah melawat Petrosains sebelum ini (baca di sini), tapi kalau nak pergi lagi tak tahulah bila dapat pergi.

Bagi yang tinggal di Pulau Pinang atau kawasan sekitarnya, boleh melawat Dino Trek 2 di Jusco Bandar Perda. Dino Trek 2 lebih kurang macam Petrosains mini.


Dino Trek 2 dibuka seperti berikut:-


Bayaran masuk pula adalah seperti berikut:-


Sebelum masuk Dino Trek 2, di sebelah kiri ada kedai menjual cenderamata. Saya malas nak singgah. Kalau singgah mesti habis duit. Biasalah anak dah 3, kalau beli barang mesti beli 3 juga.


Jom kita masuk tengok apa yang ada.


Baru jejak kaki di dalam Dino Trek, Hadif Syahmi dah meruntun kaki Huzein sebab takut dengar suara dinasour.


Tapi, takutnya sekejap saja. Hilang takut buat Dino Trek tu macam rumah sendiri. Mula-mula try Dino Quest. Kalau jawapan betul, lampu hijau akan menyala. Kalau jawapan salah, lampu merah akan menyala. Hadif tak takut nak cuba. Haziq Fahmi takut-takut pula.



Lepas tu kami masuk ke sini pula.



Dekat sini ada soalan dan kita akan pilih jawapan untuk masuk ke kiri atau ke kanan. Jawapan yang betul akan bawa kita ke jalan keluar.



Tak senonok sangat, sebab saya, Huzein dan anak-anak main hentam jalan tak baca pun soalan sebab nak tengok apa yang ada kat dalam tu.

Haziq dan Hadif suka permainan interaktif dekat sini. Asal komputer, boleh tekan-tekan memang mereka suka.






Saya paling suka Dino Dance. Di sini boleh ambil gambar dengan percuma. Dalam masa 5 saat, 5 keping gambar akan diambil. Buatlah aksi macam-macam dalam masa 5 saat tu. Lepas tu gambar akan dihantar ke emel kita. Masa ni Huzein tengah isi alamat emel saya.



Nama pun tempat dinasour, mestilah ada dinasour. Replika besar punya dan nampak real.




Ada juga aktiviti mencari tulang dinasour. Seronokla anak-anak mengorek cari.


Di sini juga ada aktiviti untuk keluarga. Kebetulan masa tu diadakan aktiviti untuk family. Kami pun join masuk. Semua family diminta membuat pelantar yang mampu menampung berat daripada straw. Gigih-gigih kami membuat sambil mengejar anak yang sibuk nak ke sana ke mari.




Hasil keras tangan kami, dinilai dengan meletakkan gula sekilo demi sekilo. Malangnya, baru letak 2 kilo pelantar kami sudah ranap. Tapi tak malu sangat sebab kumpulan lain pun macam tu juga. Memandangkan semuanya dah ranap, pemenang diadili berdasarkan rekabentuk pelantar. Kumpulan saya dapat nombor 2.


Selain aktiviti untuk keluarga macam ni, ada juga aktiviti mewarna untuk kanak-kanak. Saya dah penat, jadi saya malas nak suruh Haziq Fahmi masuk.

Sebelum balik, sempat bergambar di luar Dino Trek.


Memang seronok melawat Dino Trek 2. Lagi seronok bila balik tengok hadiah yang kami dapat. Anak-anaklah yang paling suka. Macam-macam yang ada termasuklah pen, pembaris, stiker, buku nota dan lain-lain lagi.



Menambahkan keseronokan, bila check emel dapat tengok gambar yang diambil di Dino Dance. Comel dan lucu!




Seronokkan? Jomla melawat Dino Trek 2. Memang berbaloi ke sana bawa anak-anak.

Tuesday, February 22, 2011

Tidak Boleh Kentut Di Sini?

Saya sekeluarga ke Jusco Bandar Perda pada hari Sabtu minggu lepas. Haziq Fahmi terpandang papan tanda ini.


Haziq tanya, "Kenapa dia tulis TAK BOLEH KENTUT KAT SINI?"

Saya gelak guling-guling dengar. Papan tanda ini yang salah? Ataukah Haziq Fahmi terlebih pandai?

Happy Birthday Hadif Syahmi

Tahun ini, Hadif Syahmi sudah mencecah 3 tahun usianya. Kami sekeluarga celebrate di rumah saja. Ini kek pilihan Hadif. Biasalah, mesti nak ada kartun. Ni mesti berkenan dengan Ultraman. Tapi belum apa-apa lagi Ultraman sudah tergolek dog!


Betulkan balik Ultraman tu dan pasang lilin.


Happy bebenor anak teruna sorang ni nak celebrate birthday.




Lepas tiup lilin, habis kek dicincangnya.



Hadif Syahmi bersama Hana Alesya & Haziq Fahmi.


Makan kek pun beria juga. Sampai tak peduli dah orang nak ambil gambar.


Happy Birthday Hadif Syahmi. Semoga jadi anak yang soleh. Jangan nakal-nakal sangat! Ibu penat!

Thursday, February 17, 2011

Saya Nak Kurus!

Saya sekarang tengah gigih menguruskan badan. Sangat jeles tengok orang yang tak perlu bersusah payah nak kuruskan badan, tapi badan menten je.

Masa saya belajar di UiTM, berat badan dalam 48/49kg (tak pernah lebih 50kg)


Sebelum berkahwin, 45kg. Ini mungkin sebab saya tidak tinggal bersama family. Duduk rumah sewa biasalah stok makanan terhad. Jadi berat badan makin menurun.


Ini gambar kahwin saya. Posing maut lagi. Memang kuruslah. Terliur tengok gambar ni, adakah boleh badanku slim begini lagi??


Selepas kahwin, berat badan saya still ok lagi.


Makan hati tengok gambar-gambar lama ni semua.

Mimpi ngeri saya bermula apabila saya mengandung anak pertama. Berat badan mencanak-canak naik apabila kandungan mencecah 5 bulan.


Pencapaian terbaik semasa mengandung anak pertama, 68kg. Tapi still ok bagi saya. Selepas bersalin, saya hanya dapat turunkan berat badan sehingga 55/56kg sahaja.

Pencapaian paling terbaik semasa mengandung anak kedua, 74kg. Memang berat gila ni. Tapi atas usaha gigih saya berdiet, berat badan saya turun sehingga 52kg.

Tapi baru saja mengecapi bahagia berbadan kurus, saya disahkan mengandung anak ketiga. Kali ini dalam berjaga-jaga pun berat badan saya naik sehingga 74kg. Memang nampak ketara pembesaran saya itu :P


Selepas bersalin, saya jadi malas nak diet. Berat badan selepas bersalin hanya turun sehingga 60kg sahaja. Lepas tu dah malas nak fikir, makan selagi daya. Kalau berat badan turun pun adalah pada bulan puasa sahaja.


Dalam 2 bulan ini, baru saya gigih berdiet semula. Itupun selepas rasa badan lemah, malas dan tak cantik. Bila kurus kita rasa cantik ok!
Selepas berdiet dengan bersungguh-sungguh, berat badan saya sekarang adalah 55kg.


Nampak kurus tak? Bila ramai yang mengatakan saya kurus (termasuk ibu mertuaku) saya jadi lagi gigih untuk menguruskan badan.

Sasaran saya sekarang adalah 50kg. Saya tak tetapkan masa, 4 bulan atau 7 bulan lagi baru boleh turun 5kg saya tak kisah. Tapi kalau boleh dalam tahun ini juga sasaran saya itu tercapai. Cayokk Aishah! 5kg more to go...hehehehehee
Wish me luck!!!!!!