Wednesday, March 23, 2011

Bertuahlah Ibu Yang Menyusukan Anak

Saya hanya betul-betul dapat membaca bila anak-anak semuanya sudah tidur. Semalam semasa membelek-belek majalah yang baru dibeli, saya tertarik sangat dengan info yang sedikit tetapi amat bermakna ini.

Sangat bertuah ibu-ibu yang menyusukan anak mereka. Pahala yang dapat bukan sedikit. Dapat pula dengan sekelip mata. Tak perlu bersusah payah, cuma dengan menyusukan anak sahaja.



Sumber: Majalah Nur keluaran April 2011

Antara hak seorang anak apabila dilahirkan adalah:-
1) Diazan/diiqamatkan
2) Diberi nama yang baik maknanya
3) Akikah
4) Diberi makanan yang baik yakni susu ibu


Sumber: Majalah Wanita keluaran April 2011

Anda menyusukan bayi anda? Anda memang bertuah!

Asyik-Asyik Jusco Perda

Mulanya Huzein rancang nak bawa anak-anak berjalan ke Penang (sebelah pulau) tapi memandangkan banyak acara lain termasuk pergi klinik sebab Haziq Fahmi demam dan makan-makan, rasa lewat pula nak ke sana. Jadi acara hari itu adalah melawat Jusco Perda. Haish...kami ni macam tak ada tempat lain nak pergi. Asik-asik Jusco Perda.

Tapi menariknya masa kami ke Jusco Perda Sabtu lepas, ada Karnival Matematik anjuran Petrosains. Jadi adalah aktiviti yang lain sikit daripada pusing-pusing dalam Jusco tu.


Masa kami semua sampai, maskot ni baru turun dari pentas. Gigih-gigih saya pegang tangan Hadif Syahmi untuk bersalam dan ambil gambar. Haziq Fahmi lansung tak mahu dekat. Takut. Hana Alesya lagi berani dari dia.



Nota: Saya bawa Hana Alesya dalam Melkaj Mei Tai. Malas nak turunkan dia sebab malas nak kejar-mengejar. Lagipun orang ramai.

Ada banyak game yang boleh dicuba. Kalau menang boleh dapat hadiah. Saya tunjuk teror baling dart sambil mengendong anak. Multitasking!



Hasilnya saya dapat kalendar dan juga anak patung dinasour yang comel ini.


Haziq dah Hadif seronok mencuba pelbagai permainan berasaskan matematik.





Selain tu, ada pertunjukan matematik. Lebih kurang macam magic show. Dikendalikan oleh Abang Black. Udah namanya pun Black, pakai pun baju black.



Bila dah boring di Karnival Matematik ni, Huzein ajak kami semua pergi minum. Habis minum, seperti biasa bila ke Jusco adalah acara menghabiskan duit abah dan ibu.



Wah, serius betul muka Hadif Syahmi ni. Dapat naik lion pun tak happy ke? Hana Alesya tak mau naik, nak abah dukung. Rugi satu tempat.

Ini orang yang sangat happy walaupun demam!


Pistol tembak air ni memang menarik. Berebut-rebut semua nak main, pistolnya ada 2 saja. Jadi kena tunggu giliran. Jangan risau, semua pun dapat peluang main.




Si kecik ni pun tunjuk pandai. Lansung tak nak lepas tangan.


Last sekali main bowling.



Main 2 round saja sebab malas nak membazir duit banyak-banyak dekat sini. Nasib baik anak-anak akur. Baik anak-anak ibu. Sebab semua baik, sebelum balik abah belanja beli McDonalds.....thehehehe.

Monday, March 7, 2011

Gaya Hidup Sihat; Mari Berjogging!

Memandangkan saya dalam usaha nak kuruskan badan, jadi saya ajak anak-anak jogging pagi Sabtu yang lepas. Mulanya ingat nak jogging di sekitar kawasan rumah saja, tapi Huzein ajak naik kereta. Rupa-rupanya dia bawa kami semua ke Taman Rekreaksi di Hi-Tech Park Kulim. Anak-anak memang seronokla.

Sampai saja berlari ke sana ke mari. Nampak pula tempat permainan kanak-kanak lupa tujuan asal. Saya kata kita jogging dulu, lepas ni boleh main kat sini. Berhenti sekejap atas jambatan besar ni sebab kasut Haziq tercabut. Tengokla aksi budak-budak ni.


Ingatkan kat bawah tu sungai yang besar. Rupa-rupanya longkang saja.


Haziq punya semangat nak berjogging, lari tinggalkan semua orang di belakang.


Saya terpaksa lari perlahan sebab tunggu Hana Alesya. Hana Alesya pun bersemangat juga. Tapi budak kecik lari, tak adalah laju mana. Tengok gambar ni rasa dia dah besar dah, bukan baby lagi.


Seronok juga berjogging di sini sebab kawasan dekat sini lapang. Kawasannya di kelilingi dengan pelbagai pokok termasukla kelapa sawit. Tapi jangan datang seorang diri, bahaya.


Banyak kemudahan yang disediakan di sini, termasuklah tandas dan tempat berehat.



Tapi sayang, ada sesetengah kemudahan tidak dijaga elok. Nampak buruk dan rosak jadinya.



Yang paling saya suka, di sini disediakan alat untuk bersenam dan disertakan juga cara-cara menggunakannya.



Anak-anak saya kalau benda menarik macam ni haruslah dicuba.



Saya pun tak ketinggalan sama. Isk...tahu saya masih nampak gemuk. 10 kali datang ke sini, mesti kurus dan lansing ok!



Sampai kat sini semua berebut-rebut nak tunjuk demo. Sorang-sorang ye, kalau benda ni tak patah silap-silap kaki anak-anak yang patah sebab terjatuh.


Mula-mula Hadif Syahmi.


Pastu Haziq Fahmi.


Hana Alesya? Lupa nak ambil gambarla pulak...hehehehehehehe.

Berpeluh-peluh saya pagi tu. Tapi rasanya bukan berpeluh-peluh sebab berjogging. Tapi berpeluh-peluh sebab asyik mengejar anak dan melarang mereka buat perkara-perkara bahaya.




Akhir sekali sebagai menunaikan janji, saya bagi anak-anak main di tempat permainan kanak-kanak. Mainnya sekejap saja sebab dekat sini banyak sangat kerengga. Siap masuk dalam baju anak lagi. Sungguh bahaya!


Last-last main yang ini sajalah. Takpelah, asal tak bahaya.



Ok, ibu dan penat. Jom kita balik!

Semasa berjalan balik, Hana Alesya ternampak bunga raya. Dia tunjuk dan minta pada saya.


Anak dara ni pakai bunga pun tak nampak manis sebab mukanya masam saja. Susah sungguh nak ambil gambar Hana Alesya tersenyum.


Rasanya anak teruna ni lagi manis rupanya.


Tetapi, manis bertukar masam bagi abahnya sebab terpaksa mendukung Hadif Syahmi ke kereta. Letih tak larat nak berjalan kata Hadif.


Masuk kereta semua, singgah di kedai untuk bersarapan pagi.


Lepas bersarapan, singgah beli buah-buahan. Kata gaya hidup sihat mestilah makan makanan yang berkhasiatkan?


Oh, nikmatnya hari itu!