Thursday, April 21, 2011

List of Stash

Tak tahu ini semua boleh dikatakan 'STASH' sebab rasa macam sedikit saja koleksi yang ada milik saya kalau nak dibandingkan dengan babywearers yang lain. Dan banyak yang telah dijual memandangkan Hana Alesya sekarang dah pandai berjalan. Mungkin bila ada baby lagi senarai ini akan saya tambah.

Saya senaraikan semua yang pernah menjadi koleksi saya. Dimulakan dengan baby carrier yang telah dijual, atau erti kata lain telah menjadi sejarah, hanya tinggal kenangan.

POUCH
Littlepods Dusty Rose (23")
Littlepods Blue Navy (22")
Littlepods Khakis (24")
Littlepods Hot Pink (23")
Peekaroobaby Midnight Bloom (22")

RING SLING
Jumpsacbaby Khakis (old version)
Jumpsacbaby Pink Berry
Jumpsacbaby Bali
Jumpsac Wrap Conversion Girasol Fresh Grapes
Snuggbaby SBP Wrap Conversion Hoppediz Wein

SOFT STRUCTURE CARRIER
Angelpack Production Sample 1
Littlepods Carnival
Jumpsacbaby Black Damask on Cherry Straps
Snuggbaby Flower Shower

MEI TAI
Mei's Mei Tai Wrap Conversion Amazonas Manggo
Aidafiq Buckle-Tai

KOLEKSI TERKINI

RING SLING
Snuggbaby SBP Wrap Conversion Didymos Rubinrot
Snuggbaby SBP Wrap Conversion Girasol Symphuo
Snuggbaby Linen (Pure Belgian)

MEI TAI
Melkaj Blue Paisley
Apootaern Bird of Norway
Bamberoo Alenxander Henry's Kleo

I Want to Win Babywearing Gears for Great Cloth Diaper Change – KL!

Al-kisahnya.....
Kalau jenguk ke blog saya
Cerita pasal babywearing saja-saja
Boleh dikatakan obses juga
Jangan ada yang menyampah sudah ya!

Sebagai ibu beranak tiga
Babywearing kemestian bagi saya
Bukan menyenangkan saya sahaja
Anak-anak turut terjaga

Nota: Saya bersama Haziq, Hadif & babywearing Hana Alesya

Saya ber'babywearing' dari tahun 2008
Masa Hadif Syahmi berumur 5 bulan
Gambar ini penuh kenangan
Dengan pouch saya mulakan

Nota: Pertama kali mencuba Pouch

"Hmm...selesa pakai Pouch ni ya"
Dalam hati saya berkata
Gigih-gigih dapatkan satu
Pakai betul belumlah tentu

Nota: Pertama kali memamai Pouch di luar, cara pakai saya salah

Pakai sendiri tak menjadi-jadi
Malaysian Babywearers saya lawati
Di sana ramai yang menasihati
Akhirnya saya tak kekok lagi

Nota: Yeay, dah pandai pakai!

Dari Pouch sehinggalah SSC
Kalau boleh semua saya nak beli
Akhirnya Mei Tai pilihan hati
Selesa untuk saya dan juga baby

Nota: Saya dan Mei Tai kesayangan

Ada yang kata lecehlah pakai Mei Tai
Talinya panjang mencecah lantai
Bukan saya nak tunjuk pandai
Malas cuci, hantarlah ke kedai


Nota: Khidmat masyarakat, sedang menunjukkan cara-cara pakai Mei Tai

Kalau ditakdirkan saya menang nanti
Mei Tai dari NeezaNeedles pilihan hati
Rekabentuknya cantik sekali
Dapatlah saya menambahkan koleksi

Contest ini diadakan bersempena The Great Cloth Diapers Change 2011.


Jangan lupa jenguk ke Great Cloth Diaper Change KL page dan GCDC’s Eco & Health Friendly Sales Bazaar untuk maklumat lanjut program ini.

KLIK DI SINI untuk turut serta dalam contest.

Forum Baru MBW

Untuk pengetahuan kawan-kawan yang belum tahu, Malaysian Babywearers telah berpindah ke rumah baru.


Sudi-sudilah melawat ke forum baru Malaysian Babywearers yang lebih ceria. Boleh belajar banyak tentang babywearing. Selain berbincang pasal babywearing, ada juga topik berkaitan parenting, breastfeeding, clothdiapering dan macam-macam lagilah.


Jumpa di sana!

Kinderpack

Rasa macam lama tak pakai Soft Structure Carrier (SSC). Walaupun ramai kawan-kawan seangkatan yang tergila-gilakan SSC, saya masih setia dengan Mei Tai.

Bila Farah B ajak saya tukar baby carrier, saya minta nak cuba Kinderpack dia. Oh, jangan tanya saya ini jenis yang mana. Saya sekarang dah tak pandai pasal SSC.



Saya cuba di rumah, back carry Hana Alesya. Memang sedap pakai! Hana Alesya pun nampak selesa.



Lepas tu, saya bawa Kinderpack ni berjalan-jalan ke Parkson Ipoh. Dalam 2 jam saya masih larat lagi dukung Hana Alesya.

Hmm...SSC memang best. Kalau tidak masakan saya gilakan SSC dulu sampai ada banyak SSC dalam koleksi babywearing saya. Tapi, susahnya sebab kalau pakai SSC ni memerlukan pertolongan orang lain untuk pakaikan chest strap. Jadi, kesimpulannya, walaupun SSC best, saya sebenarnya lebih sesuai dengan Mei Tai.

Monday, April 11, 2011

Multitasking!

Babywearing jadikan saya seorang ibu yang multitasking!

1) Babywearing sambil memegang payung dalam cuaca hujan renyai-renyai. Hana Alesya tertidur lena.


2) Babywearing sambil membeli-belah di Padang Besar. Sambil-sambil itu menjaga anak-anak yang lain.


3) Babywearing sambil makan aiskrim. Sedap! Sorry ye Hana Alesya masa ni tak boleh makan aiskrim lagi sebab dia masih baby.


4) Babywearing sambil membeli buah mempelam di Pasar Malam.


5) Babywearing sambil sebelah tangan mengangkat Hadif sebab dia tak sampai nak potong kek. Masa ni Hana Alesya tidur.


6) Babywearing sambil mengambil angin pagi bersama anak-anak yang lain.


7) Babywearing sambil makan aiskrim lagi, kali ni share dengan Hana Alesya.


8) Babywearing sambil makan.


9) Babywearing sambil suapkan Hadif makan.


10) Babywearing sambil menonton Upin & Ipin, sambil menggalas beg. Hana Alesya seperti biasa tidur.


11) Babywearing sambil turut serta dalam acara sukan sekolah Haziq. Sambil-sambil tu pegang botol air dan kamera.


12) Babywearing sambil main game (baling dart).


Tak multitasking lagi tu? Jom babywearing!

April Ini

Rasa berkurun tak menulis blog. Dalam sibuk-sibuk bekerja, menguruskan hal keluarga, pelbagai peristiwa berlaku. Dan alhamdulillah semuanya sekarang berjalan seperti biasa. April ini.....

SAYA:
Telah telah bertukar bos. Bos yang lama pergi bercuti sabatikal, jadi saya dapat bos baru. Baru pun tak baru juga sebab saya pernah bekerja dengan beliau sebelum saya bersama dengan bos yang lama (eh, ayat apakah ini? pusing-pusing). Mudah cerita dulu saya bekerja dengan bos A lepas tu tukar bos B lepas tu tukar balik dengan bos B.

HUZEIN:
Akan memulakan karier baru sebagai pelajar sepenuh masa. Harapnya semua akan berjalan dengan lancar. Sekolah rajin-rajin ye abang!

HAZIQ:
Baru saja lepas ambil test. Tapi saya takut result dia tak elok sebab kami sekeluarga sibuk dengan hal keluarga (mak saya dimasukkan ke wad) dan pelbagai hal lain sampai tak sempat nak ajar dia betul-betul sebelum test. Ok, ibu janji akan suruh abah ajar betul-betul lepas ni...hehehehehe (ibu tak pandai mengajarlah!)

HADIF:
Lepas mak saya dimasukkan ke wad, Hadif dengan rasmilah saya hantar ke Taska. Maka bermulalah episod baru bagi saya dan Hadif. Hari-hari saya akan hantar dia ke Taska. Jadi sekarang saya sudah ada peneman ke tempat kerja. Bila mood dia tak ok, akan ada drama swasta terjadi di depan pintu Taska. Saya pun terpaksa berdrama swasta juga, tinggalkan dia dan laju-laju berlari masuk ke dalam kereta. Kalau tidak, luluh hati tengok dia menangis dan saya sampai lewat ke tempat kerja!

HANA ALESYA:
Sekarang hanya Hana Alesya yang tinggal bersama mak saya. Tak ada lagi kawan bergaduh. Tidak lagi menjadi mangsa buli Hadif. Tapi, bila saya balik kerja bersama Hadif, dia masih lagi dibuli. Isk.....

Itulah kisah saya April ini.