Monday, May 30, 2011

CH: Ladang Teh Boh

Destinasi seterusnya kami ke Ladang Teh Boh. Boleh tahan jauh juga perjalanan untuk sampai ke sini. Jalannya pula berliku-liku untuk sampai ke atas bukit. Haziq, Hadif dan Hana Alesya tertidur keletihan, termasuklah saya sekali :D

Perjalanan yang jauh jadi begitu berbaloi bila tengok permandangan yang cantik sangat-sangat.



Kalau nak ke ladang teh, terpaksa panjat bukit sikit. Boleh tahan jugalah tingginya. Saya malas nak memanjat, jadi kami semua tak pergi ke kawasan ladang teh.

Di sini juga ada cafe. Boleh lepak sambil minum teh dan makan kek. Selain itu, terdapat kedai cenderahati yang menjual produk-produk Boh (teh semestinya) t-shirt, mug, payung, buku mewarna dan buku cerita sejarah teh Boh untuk kanak-kanak. Ada juga bilik tayangan yang memaparkan sejarah ladang teh Boh dan pengilangan teh. Malas saya nak menonton sebab anak-anak tak reti nak duduk diam.

Jadi, saya dan Huzein ambil keputusan melawat kilang teh. Lawatan ke kilang teh memerlukan pengawasan daripada pekerjanya. Waktu melawat juga telah ditetapkan.


Di luar kilang boleh tengok pekerja-pekerja yang baru balik dari ladang teh membawa teh yang dikutip untuk diproses.



Kami diberi penerangan cara-cara pembuatan teh dari teh dikeringkan, dikisar hinggalah proses pengasingan.




Gambar saya dan anak-anak di dalam kilang tak sempurna. Hadif sibuk nak menari.


Haziq sampai pegang kepala dia suruh duduk diam untuk bergambar.


Hana Alesya sudah lali mahu tidur.


Keluar dari kilang, sebelum berangkat pergi kami ambil gambar kenangan berlatarbelakangkan ladang teh yang tak berapa nampak.




Last sekali nak share gambar yang paling saya suka. Terserlah kecantikan Bamberoo Mei Tai dalam gambar ini.


Cantikkan?

Friday, May 27, 2011

CH: Big Red Strawberry Farm

Kami semua ke Big Red Strawberry Farm atas saranan orang Cameron Highlands juga. Huzein bersembang dengan penduduk tempatan dan bertanya di mana tempat yang seronok untuk dilawati, dia mencadangkan ke Big Red Strawberry Farm.

Masuk ke sini adalah percuma. Tempatnya sungguh bersih dan terjaga rapi. Mula melangkah kaki ke sini saya cukup kagum melihat sayur-sayurannya yang tumbuh meriah sekali.




Cukup menjadi sayur-sayuran di sini. Bayangkan kalau di rumah, nak makan saja terus petik.

Bunga-bunga di sini pun cukup cantik. Segar-segar belaka.



Antara tarikan lain di Big Red Strawberry Farm adalah buah anggur. Walaupun tidak selebat mana, tapi sekurang-kuranya ada juga buah.


Anak-anak saya tak kira di mana happy saja! Gambar diambil atas permintaan Haziq.



Yang paling best di sini tentulah strawberinya. Di tanam di dalam pasu kecil, nampak lebih kemas dan tersusun.




Di sini anda boleh petik strawberi dengan bayaran RM40 untuk sekilo. Kalau mahu setengah kilo pun boleh. Saya ambil peluang ini untuk beri pengalaman baru pada anak-anak. Saya petik strawberi bersama Haziq Fahmi.



Huzein petik bersama Hadif Syahmi.



Hana Alesya tak pandai pegang gunting lagi, jadi tak payahla...hehehehehe. Kami ambil dalam setengah kilo sahaja.


Hadif Syahmi sibuk berlakon ala model strawberi.



Lepas tu sibuk tunjuk pada Haziq. Haziq pun berlakon konon-konon kagum. Macam-macamla budak-budak ni.


Eh, ada lagi aksi berlakon ni. Ingatkan dah habis. Haziq sampai buat muka boring.


Selain strawberi, boleh juga petik tomato ceri di sini. Harganya lebih murah iaitu RM5.00 untuk sekilo kalau tak silap saya.

Banyak juga produk berasaskan strawberi yang dijual di sini termasuklah jem dan strawberi kering.


Di sini juga ada tempat permainan untuk budak-budak. Dan biasalah, kalau nak main mesti kena beli token. Bukan murah RM2.00 sekali main. Boleh bankrup ibu dengan abah.


Sebelum ibu dan abah jatuh muflis, jomlah kita berhenti rehat dulu sambil-sambil makan dan minum. Kami order yogurt strawberi, aiskrim strawberi dan aiskrim goreng.


Aiskrim goreng disini memang terbaik. Sedap dan harganya RM3.90.




Makanan sikit haruslah dikongsi-kongsi ya supaya semua dapat merasa.


Habis makan, kami turun ke bawah untuk keluar dari situ. Singgah sekejap di kolam ikan. Habis biskut dalam beg saya budak-budak ni jamu ikan makan.



Dalam nak turun tupun sempat lagi main-main dekat tangga. Memang tak reti penat budak-budak ni.




Saya je yang semput mengejar. Aduh, barulah rasa diri ni semakin tua!

CH: Cameron Highlands Bee Farm

Tempat seterusnya yang kami pegi di Cameron Highlands adalah Bee Farm. Huzein yang bawa kami semua ke sini. Dia dah pernah sampai ke sini sebelum ini.


Masuk ke sini juga adalah percuma. Tak kuasa nak pergi tempat yang mengenakan bayaran.

Bee Farm ini boleh tahan juga luasnya. Masa tengok dari atas sini, tak terbayang lagi macamana rupanya bee farm ni.


Bila semakin dah semakin dekat, hati pun semakin cuak.


Mana tak cuak kalau tengok sarang lebahnya terbuka macam ni. Rasa macam tak selamat saja nak berjalan-jalan.



Tapi bila Huzein kata tak ada apa. Selamat. Baru saya beranikan diri. Tapi mata tak lepas pandang anak-anak. Takutkan keselamatan mereka.



Ini kena sengat ni, memang confirm boleh pengsan dekat situ juga.




Bila hujan turun rintik-rintik, saya ajak Huzein keluar dari situ. Tak kuasa nak duduk lama-lama sebab dalam hati rasa tak senang.



Nota: Saya pakai Bamberoo Mei Tai

Papan tanda di sini pun ada beritahu yang pemiliknya tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada apa-apa yang berlaku.


Jadi, sebelum apa-apa terjadi dan sebelum hujan turun dengan lebat lagi, baiklah kita semua selamatkan diri.

Dekat bahagian atas, ada kedai yang menjual hasil daripada madu lebah. Tapi kami tak beli apa-apa pun di sini sebab jurujualnya sungguh tidak friendly (boleh tak bagi alasan macam ni?)