Tuesday, June 28, 2011

Celebrate Father's Day

Mulanya saya rancang nak buat 'suprise' untuk Huzein, memandangkan hari itu Huzein pergi ke Perlis. Tapi suprise saya tidak menjadi sebab saya tertinggal handphone di rumah. Huzein ambil dan bawa handphone itu bersama dia.

Bila orang yang saya tempah kek telefon, Huzein yang jawab. Jadi, pecahlah rahsia saya. Mesti dia pelik kenapa tiba-tiba saya tempah kek. Ini kek yang saya tempah khas. Sedap yang amat, boleh ulang makan berkali-kali. Lepas tu rasa menyesal sebab lemak bertambah-tambah dalam badan.


Walaupun tahu suprise tak akan menjadi, saya bersiap sedia juga dengan anak-anak. Saya dah kurang beria-ia tapi bila tengok anak-anak yang begitu bersemangat nak suprisekan abah mereka saya layankan saja.


Bila Huzein sampai dari Perlis, anak-anak punyalah bising cakap ada suprise untuk abah. Bila dah cakap ada suprise, kira tak menjadilah suprisenya.



Tahun ini tak ada hadiah mahal untuk Huzein. Cuma kad dan mug saja. Yang penting celebrate, biar anak-anak ingat dan tahu nak hargai sesuatu.



Ada satu kad tambahan untuk Huzein yang Hadif buat di tadika dia.


Anak-anak memang happy. Riuh rendah dalam rumah. Tiba-tiba saja saya rasa macam ada 10 orang anak.




Malam itu saya makan kek dan durian yang Huzein beli dari Perlis dengan penuh semangat. Bila naik mesin penimbang, rasa macam nak pengsan. Menyesal pun tiada gunanya.

Friday, June 24, 2011

Comel!

Seronok tengok gambar-gambar comel anak-anak.

HANA ALESYA

Kenapa entah berposing macam ni?


Senyum tunjuk gigi.


Ketawa riang.



HADIF SYAHMI

Cute je buat macam ni!


Muka kesian nak pujuk ibu belikan something.


Termenung jauh.



HAZIQ FAHMI

Ini lagi sorang kanak-kanak riang!


Serius?


Rajin.



Lagi seronok tengok mereka bergurau senda.


Haziq rajin je layan Hana Alesya yang tengah boring bermain.


Tapi, kalau masa bergaduh sesama sendiri, comel pun bertukar jadi comot!

Menghabiskan Masa Bersama Abah

Memandangkan Huzein sekarang tidak bekerja dan belajar sepenuh masa, dia akan menjaga Haziq dan Hadif bila tidak ke Perlis.

Baru-baru ni dia bawa Haziq dan Hadif menonton Kungfu Panda. Saya jealous ok sebab tak dapat ikut sama. Lepas tu tayang gambar yang mereka ambil di panggung wayang dekat saya.




Entah apa-apa aksi yang diaorang buat. Ini bergambar dengan poster Transfomer yang menjadi kegilaan Haziq, Hadif dan tak lupa juga Huzein.


Gambar-gambar di bawah saya tak pasti di mana. Tiba-tiba saja Huzein e-mel kepada saya. Pakai topi koboi yang tak tahan tu. Yeeehaaaaaaaaa!



Enjoy ye bila ibu tak ada??

Bergendang

2 minggu lepas saya dan keluarga menghadiri kenduri perkahwinan di Grik, Kedah. Sesuatu yang jarang kita dapat tengok di majlis kenduri adalah persembahan gendang. Uniknya alat muzik dimainkan oleh warga emas dan orang muda.


Memang menghiburkan persembahan daripada kumpulan gendang ini. Haziq dan Hadif asyik sangat melihat. Saya pun terhibur sama.



Sayangnya saya tak dapat upload video kumpulan bergendang ini. Kalau tak mesti best dapat share dengan semua. Lagi best sebab Hadif dan Hana menari dengar orang bergendang.

Friday, June 17, 2011

Happy Father's Day


HAPPY FATHER'S DAY KEPADA ABAH ANAK-ANAK SAYA, HUZEIN. ADA SUPRISE MENANTI ANDA!

Juga untuk bapa mertua saya Hawari bin Ayob dan semua kaum bapa.

p/s: Harapnya Huzein tak terbaca blog ini sebab masih di Perlis.

Nota: Al-fatihah untuk arwah abah saya, Ahmad bin Hashim.

Anak Siapa Ni?

Wah, anak siapa ni? Dah macam kutu lepak dekat shopping mall je.



Pusing sikit nak tengok muka.


Tu dia Hadif Syahmi. Masa ni dia tengah merajuk dengan Huzein dan tak mahu masuk ke dalam kedai cermin mata. Jadi dia duduk di luar kedai sambil tengok orang lalu lalang. Ada yang lalu depan kedai cermin masa siap usap-usap kepala dia lagi. Dia still buat muka kering saja duduk depan kedai tu.

Anak siapalah ni??

Terima Kasih Mama Eylin!

Sejak Huzein sambung belajar, dia kerap berulang-alik ke Perlis. Memandangkan sahabat baik saya, Eylin bekerja di sana, baru-baru ni dia ada kirimkan mempelam harum manis yang sangat terkenal di Perlis untuk saya. Banyak tu, bukan sikit-sikit. Puaslah saya sekeluarga makan.

Hana Alesya makan sampai comot-comot. Sudahlah muka tu comot dengan bedak sejuk. Nampak benar makan sepuas hati.


Terima kasih Mama Eylin!

Friday, June 10, 2011

CH: Ladang Teh Boh Sungei Palas

Sebenarnya di Cameron Highlands terdapat 2 ladang teh Boh. Satu lagi adalah di Sungei Palas. Rasanya di Sungei Palas lagi besar.

Perjalanan ke sini juga berliku-liku dan rasa macam jauh sangat nak sampai. Dalam perjalanan boleh tengok permandangan ladang teh yang sangat cantik.



Saya cakap dengan Huzein, "Mana semua pekerja ladang ni? Tak pernah nampak pun."

Tiba-tiba je nampak seorang pekerja ladang. Tapi kenapa seorang saja?


Kereta tidak dibenarkan naik sampai ke atas. Jadi kami terpaksa parking kereta di tempat khas yang disediakan dan berjalan kaki ke atas. Boleh tahan juga jauhnya.


Dalam penat-penat berjalan sempat lagi nak bergambar.



Bila dah sampai di atas, mulut boleh ternganga tengok permandangan di ladang teh yang cukup luas dan cantik. Rasa berbaloi berjalan jauh. Eh, mana semua pekerja ni? Tak nampak pun.



Kami lepak-lepak sambil menikmati permandangan. Penat weh jalan jauh! Anak-anak buat permintaan nak makan aiskrim. Jadi, semua dapat seorang satu.





Di sini tempatnya lebih cantik dan teratur dari ladang teh yang kami lawati sebelum ini. Ada cerita mengenai Cameron Highlands dan Ladang Teh Boh diletakkan di sepanjang kawasan penjalan kaki. Kalau rajin boleh baca.


Menariknya boleh tengok poster iklan Teh Boh yang lama. Saya pula yang teruja bila nampak gambar Noor Kumalasari sewaktu aktif menjadi model. Cuba teka mana satu Noor Kumalasari?


Haziq, Hadif & Hana Alesya happy tak kira masa dan tempat. Itulah seronoknya jadi budak-budak.



Kami singgah ke kedai yang menjual produk Teh Boh dan cenderamata. Niat di hati memang tak mahu beli apa-apa. Cuma nak tengok-tengok sahaja.


Pengunjung diberi cuba produk teh terbaru keluaran Boh. Anak-anak saya haruslah mencuba. Tak cukup satu minta lagi satu.



Keluar dari kedai tu kami ke kawasan kilang teh.


Di luar kawasan kilang, ada satu sudut ambil gambar dengan badan kita menjadi badan orang utan.




Gambar Hana Alesya diambil sambil saya mengendong dia.

Kami bergambar sekeluarga di luar kawasan kilang. Minta tolong dengan salah seorang pekerja di situ.


Tapi kami tak masuk pun ke dalam kilang. Saya tak selesa dengan bau teh yang sangat kuat. Boleh pening kepala dibuatnya.

Sebelum turun pulang ke kereta, haruslah bergambar banyak-banyak buat kenangan.




Bergambar dalam ladang teh adalah sangat best! Rasa tenang saja di kelilingi kehijauan.




Bila tiba giliran ambil gambar dengan Huzein, anak-anak dah boring.


Terus Haziq dan Hadif lari main dekat padang bola berdekatan situ.


Nasib baik Hana Alesya ada. Jadi, dialah yang meneman Huzein ambil gambar.