Friday, July 29, 2011

Doa Giveaway (DITUTUP)



SYARAT-SYARAT
1) Buat entry mengenai giveaway ini dengan tajuk Doa Giveaway dan jangan lupa masukkan logo giveaway. Tak perlu tulis panjang-panjang. Cuma tulis:-

Saya nak menang giveaway sempena Ramadhan di http://megahasz.blogspot.com

2) Copy logo giveaway di sidebar blog anda dan link balik ke blog saya.
3) Tinggalkan komen di sini berserta link entry dan e-mel.
4) Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 15 Ogos 2011 (jam 12.00tengah malam).
5) Pemenang akan dipilih secara cabutan oleh anak-anak saya.

HADIAH
Hadiah Utama: Sehelai telekung X 1
Hadiah Saguhati: Pelekat doa (mengandungi 18 doa) X 3

Nanti saya akan upload gambar hadiah lepas ambil gambar. Selamat mencuba!

Neeza Needles Mei Tai: Action Picture

Gigih-gigih nak share gambar action picture saya dengan Neeza Needles Mei Tai yang dah lama saya dapat, hadiah kemenangan dalam contest The Cloth Diapers Change 2011.

Terima kasih pada Zah yang bersusah payah tolong ambilkan dan pos pada saya. Sekarang Mei Tai ini sedang mengelilingi Malaysia. Saya travelkan Mei Tai ini untuk kawan-kawan di Malaysian Babywearers cuba.

Sebelum tu, saya dah cuba-cuba pakai masa keluar ke Jusco Bandar Perda. Ini action picture saya yang mengendong Hana Alesya yang masa tu berumur 1 tahun 10 bulan.




Komen saya untuk Neeza Needles Mei Tai:-

Body:
Cukup elok bagi saya dan Hana Alesya. Memandangkan Hana Alesya sudah besar, body Mei Tai ini tidak tersangkut di ketiak dia.

Tali Bahu:
Cukup panjang bagi saya untuk saya membelit-belit.

Tali Pinggang:
Saya mahukan tali yang lebih panjang sebab saya lebih suka belit 2 kali tali di bahagian pinggang untuk keselesaan. Maybe kalau tak selesa selepas ini saya akan tukar tali di bahagian pinggang ini dengan buckle menjadikan Mei Tai ini half buckle.

Pelapik Pinggang:
Ini yang terbaik. Rasa selesa walaupun Hana Alesya sudah semakin berat.

Sekarang Mei Tai ini berada di Pahang rasanya. Huh...jauhnya mengembara! Saya pun belum pernah sampai ke Pahang.

Friday, July 22, 2011

PENGUMUMAN

Saya ada 2 perkara yang nak inform dengan kawan-kawan yang baca blog saya:-

1) Saya ada beberapa item yang hendak dijual (termasuklah cloth diaper, cloth pad, baju baby, baju untuk mak baby dll). Kalau berminat boleh lawat blog sale saya.

http://megahasz-sale.blogspot.com/

2) Saya akan buat simple giveaway untuk kawan-kawan sempena Ramadhan yang bakal menjelma ini. Khas untuk kawan-kawan follower saja. Simple giveaway sebab hadiahnya pun kecil-kecilan sahaja. Jangan lupa masuk ok!

Tuesday, July 19, 2011

Rosegar @ Roti Segar

Kami singgah di Rosegar dalam perjalanan balik ke kampung Ipoh.



Rosegar (atau roti segar) merupakan syarikat Bumiputra yang sangat terkenal di Perak ni. Huzein dari kecil lagi suka sangat singgah membeli di sini bila balik ke kampung Opah di Setiawan.



Ada pelbagai produk bakery yang dijual di sini. Di sini juga ada restoran, kalau nak singgah makan pun boleh. Yang paling popular di Rosegar adalah donutnya. Ada pelanggan yang saya tengok, datang ke sini semata-mata nak beli donut sahaja. Banyak pula yang dia borong.

Nak tahu pasal Rosegar boleh KLIK DI SINI. Singgahlah kalau datang ke kawasan sini. Mesti jatuh cinta dengan donutnya yang sedap!

Pusat Pengurusan Penyu, Pasir Panjang Segari, Perak

Kami tahu pasal Pusat Pengurusan Penyu ini dari GPS. Bila keluar dari Swiss Garden, Huzein tanya saya nak ke mana? Saya minta dia tengok dari GPS tempat yang menarik yang boleh kami pergi.

Perjalanan ke sini melalui kebun kelapa sawit dan sangat jauh ke dalam. Saya pun dah cuak, betul ke tempatnya? Dari jauh, kami tengok macam tutup. Jadi, kami ambil keputusan berpatah balik dan ke masjid dahulu supaya Huzein boleh solat Jumaat. Lepas solat, kami singgah beli kuih dan bertanya kepada penduduk tempatan, tentang Pusat Pengurusan Penyu ini. Jadi, dengan penuh yakin kami pergi sekali lagi ke sini. Rasa lega bila nampak papan tandanya.

Masa kami sampai, tempatnya nampak memang sunyi sepi dan lengang. Nasib baik ada 3 orang pelawat Cina. Jadi taklah rasa pelik sangat.



Sedih pula saya tengok tempat ni. Macam tak terjaga. Kalau dijaga elok dan dipromosikan, mesti ramai yang datang melawat. Memandangkan tiada orang yang jaga, masuk ke sini adalah percuma.





Jom kita tengok apa yang ada di sini. Dah namanya tempat pengurusan penyu, mestilah ada penyu :D





Penyu-penyu ini diletakkan di dalam kolam buatan dan ditempatkan di tempat yang terbuka. Muka satu-satu saya tengok sedih saja. Ke saya yang kesian lebih-lebih?

Baby penyu ditempatkan di kolam yang berasingan. Kolam baby penyu ini dalam pagar dan tak boleh masuk. Cuma boleh tengok dari luar saja.




Tempat penetasan penyu terletak di hujung sekali. Kawasan ini juga tidak dibenarkan masuk.


Kami masuk ke dalam bangunan kecil yang ada di sini. Sebenarnya ini adalah tempat pameran.



Malangnya tiada apa yang dipamerkan di sini. Cuma yang ada poster-poster berkenaan penyu sahaja.




Memandangkan tak ada apa lagi yang boleh ditengok, kami pun keluar. Di luar anak-anak sibuk tengok papan tanda pasal haiwan di laut. Bagi galakan pada Haziq untuk baca papan tanda. Kasi tajam skil membaca dia.


Saya rasa tempat ini akan dikunjungi ramai jika dijaga rapi dan dipromosikan. Mungkin boleh dikenakan bayaran kepada pengunjung sekiranya tempat ini elok. Tak perlu pergi jauh ke Terengganu kalau nak tengok penyu. Di Perak pun ada.

Ok, jom balik!

Monday, July 18, 2011

Swiss Garden Resort & Spa (Day 2)

Hari kedua kami di Swiss Garden dimulakan dengan breakfast. Mulanya rancang nak pergi pantai awal pagi, nak tengok matahari terbit. Kononnyalah. Tapi semua tidur lena malas nak kejut.




Breakfast di sini banyak juga pilihan. Tapi lupa nak ambil gambar sebab sibuk makan dan layan anak-anak makan.

Masa breakfast anak-anak dah sibuk nak pergi ke kolam renang. Maklumlah tempat makannya sebelah kolam renang saja. Tak sabar-sabar nak mandi lagi. Lepas makan sekali lagi saya bawa anak-anak ke kolam renang. Ajak mereka ke pantai, tapi Haziq tak nak. Dia kata dia tak suka air laut sebab masin. Kami semua terjun ke kolam dengan baju yang sama pakai sebelum ini.








Sakan betul budak-budak ni mandi. Bila sejuk baru ingat nak naik ke darat.





Sambil-sambil tu makan sosej yang saya ambil masa breakfast tadi. Ya, saya muka tak malu. Selalu bila breakfast di hotel, saya akan bawa tupperware kecil dan masukkan makanan untuk dibawa keluar. Hasilnya anak-anak saya boleh makan lepas mandi :P



Bila jam dah menginjak 11.00pagi, saya ajak semua balik ke bilik, bersiap-siap untuk check out. Dalam pada tu, sempat lagi berposing.




Aktiviti wajib, ambil gambar satu family.




Balik rumah mesti terkenang-kenang tempat yang cantik ini.




Bye-bye Swiss Garden. Ada rezeki saya sampai lagi ke sini. Kalau datang ke sini lagi saya nak pergi spa, biar Huzein mengasuh anak-anak. Boleh ke??



Bersiap sepantas kilat sebab masa terhad dan terus ke lobi untuk check out.



Tunggu nanti kami datang lagi! (entah bilalah tu?)