Monday, August 29, 2011

SELAMAT HARI RAYA


Dikesempatan ini saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap dan terkasar bahasa.

Raya tahun ini saya akan beraya di Penang dan raya kedua baru balik ke Ipoh. Warna tema tahun ini adalah biru muda. Huzein recyle baju 5 tahun lepas. Saya dan anak-anak berbaju baru, haruslahkan!

Ini gambar raya 5 tahun lepas....


Tuesday, August 23, 2011

Hari Ke 23 Puasa

Tahun ini merupakan tahun pertama Haziq Fahmi berpuasa penuh. Dan alhamdulillah sehingga hari ini dia sudahpun berpuasa 22 hari penuh. Sehari yang tertinggal tu akibat hari cuti duduk di rumah bersama Tok. Biasalah kalau duduk dengan Tok ni, kesian lebih jadi habislah puasa hari itu.

Tengok semangat Haziq Fahmi berbuka puasa. Ambil ayam goreng yang paling besar sekali.



Bila dah gigih berpuasa ni, saya tengok badan dia susut. Nampak kurus. Kesian pulak saya.

Ada yang bertanya pada saya kenapa ajar awal sangat anak berpuasa. Saya rasa tak terlalu awal. 6 tahun umur yang cukup elok. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Alhamdulillah Haziq semakin membiasakan dirinya dengan puasa walaupun pada awal-awal puasa tu dia merengek-rengek lapar. Cuma tinggal seminggu lagi saja. Harapnya dia masih bersemangat berpuasa.

Pemenang Doa Giveaway

Sebelum proses pemilihan pemenang dibuat, semua nama peserta disenaraikan dulu.


Lepas tu senarai nama digunting dan barulah cabutan dibuat.

Memandangkan ada yang tertunggu-tunggu, jadi saya umumkan terus pemenang giveaway. Sorry ye sebab ambil masa sikit.

Pemenang hadiah saguhati akan menerima pelekat doa yang mengandungi 18 doa.


Mereka yang bertuah itu adalah:-




Pemenang utama pula akan menerima sehelai telekung. Saya malas nak buka telekung tu dari plastiknya jadi ambil gambar luar sahaja. Tapi, tengok dari luar pun tahu cantikkan?


Pemenang bertuah itu adalah:-


Semua pemenang diminta e-melkan maklumat peribadi kepada saya di megahasz@yahoo.com untuk urusan penghantaran hadiah.

Terima kasih pada semua yang sudi masuk giveaway ini. Ada rezeki saya buat lagi.

Friday, August 19, 2011

Pengumuman Pemenang Giveaway


Saya memohon sejuta kemaafan kerana tidak dapat mengumumkan pemenang giveaway hari ini. Ini adalah kerana kesibukan saya berpindah pejabat baru.

Insyallah pemenang akan saya umumkan pada minggu depan. Lagi sekali saya mohon maaf.

Tuesday, August 16, 2011

Giveaway Ditutup


Dengan rasminya Doa Giveaway telah ditutup jam 12.00 semalam. Pagi ni baru sempat update habis senarai peserta giveaway.

Senarai peserta boleh semak DI SINI. Ada 119 yang layak (tolak Fara anak abah).

Pemenang akan diumumkan selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 19 Ogos 2011. Hadiah saya tak berkesempatan nak ambil gambar. Sibuk memanjang. Esok cuti, insyallah akan ambil gambar dan gambar hadiah akan diupload termasuk dengan senarai pemenang.

Terima kasih pada semua yang sudi masuk giveaway ini.

Monday, August 8, 2011

Senarai Peserta Giveaway

Saya akan update senarai peserta dari semasa ke semasa sehingga tarikh tamat giveaway ini.



1) Cik Rose Cute
2) Fieda
3) Darling Ninie @ Mama Comel
4) Golden Rose
5) Cempaka Kuning
6) Kutu Kontest
7) Fadzillah Kamaruddin
8) Ummi Iman
9) Vanillagirls
10) Alyafify
11) Anim
12) Harif Nur
13) Abazilah
14) Fadwa Daud
15) Rara Aihara
16) Nenot
17) Azatiesayang
18) Ainie Yusof
19) Izan Ishak
20) Umizila989
21) Kasih Ibu
22) Alia Zainol
23) Jieda
24) Akma Faizal
25) Lelord
26) Farhanah Adzlan
27) Cik Meifaa'
28) Fiqra
29) Kaseh Suchi
30) Cik Syuhada
31) Kak Ngah
32) Mama Syima
33) Chui
34) Fara anak abah - link contest lain
35) Nida
36) Nurul Azren
37) Shiela Latif
38) Cik Domo
39) Nurul Aini Norazman
40) Zaikulim
41) Sarah
42) Nurul Nabila
43) SofiaHB
44) Segalanyer Kuterima
45) Qard91
46) fa10
47) Shida Syakirin
48) Cahaya Mama
49) Intan Berlian
50) Lin Azlina
51) Nureen
52) Aleesya's Mummy
53) Mamaraisya
54) Nightinangle Fara
55) Syakila
56) Nana
57) Fiezah Kecik
58) Nia Flerida
59) Pink Ummi
60) Aku Dan Sesuatu
61) Hafizulhakim
62) Citra Nanizam
63) Fmty and GA
64) Ogy
65) Zalina
66) Jeeha
67) Cik Puan Hady
68) Nanakimie
69) Alya
70) Cik Meeja
71) Cute Mum
72) KunangKunang
73) Farah Hanim
74) Cik Tiha
75) Nur Syahida
76) Syariza09
77) Mrs ZZ
78) Ira
79) Ina Hasan
80) Juniza
81) Budak Tembam
82) Taufidris
83) Ina Sepi
84) Alycia
85) Noor Fatin
86) Miss Nadya
87) Ayung
88) Shera Haifa
89) Asiah Najihah
90) Queen Pink
91) Anisalya
92) Talkative
93) Mama Ishazah
94) Izan Cute
95) Mas
96) Nadya Bubble
97) Acap Conga
98) Cute Mummy
99) Nurulhuda
100) Muslimah Vouge
101) Erawatie
102) Tiefazatie
103) Zie Fauzi
104) Cik Ila
105) Kek Cokelat
106) Ayulestari
107) Joel Leslie
108) Mama Rifqy
109) Cik Misi
110) Darkrose
111) Alvas
112) Rosilah
113) Ayu Selalu
114) Leen
115) Miss Intan
116) Noriko
117) Neena
118) Annur Islam
119) Izzaty Hedry
120) Kayyana

I Miss Babywearing!

Rasa macam dah lama sangat saya yang mengendong Hana Alesya. Dia dah masuk fasa 'NAK TUWUN', jadi peluang saya untuk mengendong dia sudah tiada. Semua baby carrier sudah disimpan rapi untuk baby yang seterusnya. Saya rindu nak babywearing tau!

Baru-baru ini saya melawat kawan saya, Rozita yang baru saja melahirkan baby yang kedua. Suka-suka bawa ring sling nak tunjukkan dia. Saya ambil peluang ini untuk mengendong baby Umar dalam ring sling. Umur Umar masa lebih kurang 2 minggu.



Bukan main syok lagi baby Umar dikendong. Sampai nak terlelap dia.


Hilang sikit ketagih nak mengendong. Rasa ringan je baby Umar :D

Thursday, August 4, 2011

World Breastfeeding Week 2011

Ini adalah message daripada Mother to Mother Peer Support (MMPS) berkenaan 'virtual’ One Minute Simultaneous Breastfeeding event yang akan diadakan pada 6 Ogos 2011. Semua ibu-ibu yang menyusukan anak, dijemput sama untuk turut serta.

Happy World Breastfeeding Week (August 1st – 7th) 2011, from MMPS.

This year MMPS (Mother to Mother Peer Support) would like to hold a ‘virtual’ One Minute Simultaneous Breastfeeding event.

This will take place on August 6th at 3pm.The idea is that anyone can join in, anywhere; either alone or in a group: mothers at home, at work, whilst shopping etc.

Soothing music will be available on the Internet so you can to get relaxed and prepared to breastfeed. This should be done around 2.45pm. All children feeding over the 3.00 – 3.01pmminute will be counted into the event.

We will use Koala Kids as our hub/base to coordinate and correlate the numbers.

As our name suggests we would like to spread the word Mother to Mother so please pass this message on via word of mouth, email, s.m.s. etc. to anyone and everyone you think may be interested in taking part.

This year we also want to show recognition to all our valiant working mums or mothers who are otherwise separated from their children. To honour these brave and determined ladies we are asking you to support and take part in this year’s event. You can do this in one of two ways:

1) This is the most preferred. At the designated time, on the 6th, put your child to the breast. You may be surprised and your child may comfortably feed.

2) Alternatively feed your breast milk to your child via cup or spoon. MMPS does not condone or recommend bottles or teats so feeding your child via this method will not count for this event.

Please then, by 3.30pm, send MMPS a message via email pgmmps@gmail.com OR sms to ONE of the following numbers: 0174259378 / 0124156446 / 0165533782 to indicate your inclusion in the final count. Email/SMS us the name of mother and child/ren and your email address. (For example: Connie Mooi and YangYang, pgmmps@gmail.com). We’ll send you an e-certificate.

The total number of participants will then be announced by 4pm along with certificate details.

Please email us the name of mother and child/ren and your email address if you would like to join in the ‘virtual’ One Minute Simultaneous Breastfeeding event on August 6th at 3pm.

MMPS will be organising another One Minute Simultaneous Breastfeeding event in October, on a larger scale. This will include Hospitals and Confinement Centres so to all our pregnant mothers out there, “don’t worry if you miss out on this event.”

Many thanks for your on-going support. It is your own dedication, determination and enthusiasm that will make this event successful. Please support by joining-in and spreading the message.

Thanks.
Best regards,
MMPS


Bagi yang tinggal di Pulau Pinang, anda juga boleh turut serta dalam program anjuran Penang Adventist Hospital. Maklumat program boleh rujuk di poster.


SELAMAT MENYAMBUT MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA!

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Tahun Ini

Memandangkan Haziq Fahmi tahun ini akan mencecah usia 6 tahun, jadi saya berhasrat melatih dia untuk betul-betul berpuasa. Sebelum ini dia puasa sekerat sahaja. Nasib baiklah hari pertama berpuasa dia bercuti (Kedah bercuti pada 1 Ramadhan) dan kebetulan Huzein tidak ke Perlis. Jadi, saya minta Huzein tengok-tengokkan Haziq.

Jam 12.00tengahari saya telefon ke rumah bertanyakan tentang Haziq. Alhamdullillah waktu tu dia masih lagi bertahan dan cergas. Bila pulang ke rumah selepas kerja, dia masih lagi bertahan walaupun asyik bertanya lambat lagikah waktu berbuka dan berapa minit lagi dia perlu tunggu.

Pengakhiran hari tu, dia berjaya berpuasa penuh satu hari. Terharu pula saya (saya pula yang melebih-lebihkan?). Menu berbuka puasa untuk Haziq pada hari itu adalah Nasi Ayam Periuk Besar dan air asam boi yang disangkanya air oren.


Alhamdulillah tahun ini juga kami berbuka puasa dengan keadaan yang sedikit tenang. Maklumlah anak-anak sudah semakin besar. Sebelum-sebelum ini, dengan anak yang masih kecil , kadang-kadang ibu dengan abah lagi sibuk layan anak daripada berbuka.


Tahun ini saya sangat-sangat berharap yang saya tidak akan membazir. Sayang betul bila tengok makanan terpaksa dibuang bila dah terlebih-lebih.

Dan tahun ini menjadi sejarah bila saya gigih bangun waktu sahur. Dulu hanya Huzein bangun seorang. Sekarang, saya bangun panaskan atau sediakan makanan. Sebabnya saya mahu Haziq berpuasa dan saya nak dia bersahur. Kalau tak bersahur takut dia berlapar nanti.

Tahun ini juga Haziq begitu bersemangat nak ke surau. Jadi Huzein bawa dia ke surau untuk terawih. Gambar ini diambil semalam. Hadif pun ikut bersama ke surau semalam.



Semoga anak-anak ibu menjadi anak yang soleh. Amin.

Sebelum Bermulanya Ramadhan

2-3 minggu sebelum Ramadhan bermula saya diserang penyakit rajin memasak. Macam tak kena saja letak entry pasal makanan di bulan puasa ni. Tapi, memandangkan saya sangat kagum dengan diri sendiri yang tiba-tiba rajin memasak, saya nak kongsi apa yang saya masak.

Hari Sabtu minggu lepas saya buat sayur baby kailan goreng. Goreng ala-ala goreng kangkung goreng belacan. Sedap, sebab ini memang kegemaran saya (eh, tak malu puji diri sendiri)


Masakan kedua, ikan masak stim. Ikan terpaksa di potong dua sebab tak muat periuk stim. Maklumlah orang bujang, perkakas dapur yang ada pun ala kadar saja.



Last sekali, sotong goreng berempah yang tak berapa nak jadi sebab terlebih kuah. Sepatutnya kuahnya kering. Tapi bila dah habis licin tu kira sedaplah :D


Hari Ahad pula saya buat ikan masak 3 rasa. Jangan minta resepinya dengan saya sebab saya masak main campak-campak apa yang ada di rumah.


Food presentation tu penting walaupun rasanya kurang sikit. Tapi Huzein cakap sedap. Eh! apa yang tak sedap bagi dia??

Pastu ada ayam goreng. Siapa curi makan pun tak tahulah, tiba-tiba je tengok ayam ni togel sikit.


Last sekali saya buat bihun soto. Kuah soto boleh juga anak-anak makan dengan nasi sebab tak pedas. Gambar bihun lupa nak ambil. Seperiuk tu, gigih betul memasak. Nasib baik habis licin.


Nak lagi kick, makan dengan sambal kicap.


Tapi bulan puasa ni saya tak berkesempatan lagi memasak betul-betul. Cuma goreng sayur saja pada hari pertama puasa. Insyallah weekend ni boleh masa something yang special untuk berbuka.

Dan saya bercita-cita nak buat biskut raya dengan anak-anak tahun ini. Buat biskut yang senang saja. Saja nak mengembalikan kenangan masa kecil-kecil dulu masa saya sibuk-sibuk menolong mak buat kuih saya. Insyallah, harapnya menjadi.