Tuesday, September 20, 2011

Bercanda Di Pasiran Pantai

* Lama sungguh tak update blog. Sibuk memanjang.

Lepas berjalan-jalan di Muzium Perak, saya sekeluarga terus ke Swiss Garden Damai Laut. Kalau baca blog saya mesti orang cakap, tak ada tempat lain nak pergi ke? Sesungguhnya bercuti di Swiss Garden Damai Laut adalah sangat relaks. Nak tahu apa yang best sangat, silalah berkunjung di sana.

Di sana, kami banyak habiskan masa di pantai. Anak-anak saya memang suka dengan aktiviti main pasir. Masa nilah nak tengok kreativiti masing-masing.





Masa nilah boleh layan anak-anak main.





Boring main pasir, boleh mandi laut. Mandi puas-puas sampai hitam legit kulit.




Tengok Hana Alesya yang sangat enjoy main air. Langsung tak takut walaupun airnya dalam.


Bila hari menginjak senja, boleh tengok matahari terbenam. Permandangan yang sungguh cantik.



Mulanya malam tu Huzein rancang nak bawa kami semua pergi memancing. Tapi bila dengar cerita salah seorang staf tentang penunggu pokok besar di kawasan pantai, terus saya kata pada Huzein, pergi pagi esok sajalah. Ngeri tau!

Jadi pagi-pagi keesokkan harinya, kami semua turun lagi sekali ke pantai. Permandangan di pantai pada waktu pagi sungguh nyaman dan tenang.



Ok, aktiviti pagi itu adalah memancing. Memancing ye kawan-kawan, tapi dengan tali pancing saja, tanpa batang pancing. Gigih betul Huzein ni. Anak-anak teruja betul tengok abahnya nak memancing. Perkara tak pernah buat, terujalah budak-budak ni.





Hadif suruh saya diam, takut ikan tak makan umpan.


Anak-anak menunggu penuh kesabaran. Tengokla muka budak-budak ni yang masam tak mandi.



Hadif sempat melemparkan senyuman manis. Er, manis ke? Muka ada air liur basi ni.


Sekian lama menunggu ikan seekor pun tak dapat. Kalau ada yang makan umpan pun tak sempat tarik ke atas dah jatuh semula ke laut. Teknik memancing salah.



Saya boring menunggu, beredar dari situ tengok-tengok permandangan sambil ambil gambar. Hana Alesya pun ikut sama.


Dan diikuti oleh Hadif. Tinggal Huzein dah Haziq saja yang masih lagi gigih nak pancing ikan.




Hadif dah tak kisah pasal pancing ikan. Makan biskut lagi best kata dia.


Hana Alesya dah sibuk ajak mandi. Siap suruh pakaikan dia pelampung tangan.


Saya ajak Huzein bawa anak-anak ke kolam renang untuk mandi-manda. Sesungguhnya aktiviti memancing adalah sangat bosan dan sesuai untuk orang-orang yang sabar sahaja.

Tuesday, September 6, 2011

Muzium Perak

Sebelum start puasa bulan Ogos hari tu kami sekeluarga merancang bercuti-cuti lagi. Bukan jalan jauh sangat pun, pusing Perak saja.

Destinasi kami kali ni adalah melawat Muzium Perak. Orang Perak macam Huzein dan separuh Perak macam Haziq, Hadif dan Hana Alesya harus pergi. Saya? Tumpang sekali sajalah. Muzium Perak ni terletak di Taiping. Satu kawasan dengan Zoo Taiping, Bukit Larut dan Taman Tasik Taiping. Budak-budak sibuk nak pergi Zoo padahal sebelum ni saya dah pernah bawa mereka ke sana (boleh baca DI SINI).



Macam nilah bila anak dah 3. Kalau anak sudah 8, barisannya mungkin lebih panjang lagi.



Sebelum masuk berposing dulu depan Muzium. Gambar pertama Hadif tak ada sebab sibuk nak beli Angry Bird dekat gerai di luar Muzium.


Lepas janji akan beli lepas ni barulah dia datang bergambar. Tupun muka tak berapa manis.


Nama pun Muzium, haruslah tengok bahan pameran sahaja.




Haziq dan Hadif sibuk test meriam. Bunyi meriam sila buat sendiri.




Dipamerkan juga pelamin diraja. Meriah betul. Tapi tak dibenarkan masuk dan duduk. Jadi, tak dapat nak feeling-feeling jadi pengantin diraja.


Lepas boring dengan meriam yang tak berbunyi-bunyi tu, budak-budak ni sibuk main mesin getah pula. Ingat permainan agaknya. Benda tak pernah tengok.




Haziq sibuk membaca, Hadif sibuk meniru konon-konon dia pun pandai baca.


Motif saya tunjukkan kepala badak ini kepada Hana Alesya? Sebenarnya nak bagi dia duduk diam. Sibuk nak ikut abang-abang berlari ke sana-sini. Anak-anak saya biasa buat semua tempat macam rumah sendiri.


Muzium Perak ni ada dua bahagian. Tu baru bahagian pertama yang kami lawati. Bahagian kedua terletak di belakang bangunan. Nak ke bahagian kedua tu kena keluar dari bahagian pertama dulu dan pusing ke belakang bangunan.

Di luar Muzium ada kapalterbang dan keretapi lama.




Bahagian kedua Muzium Perak ada 2 tingkat. Tingkat bawah banyak pameran berkenaan 1Malaysia.


Ini pun motifnya adalah untuk bagi Hana Alesya duduk diam.


Memandangkan budak-budak ni tak berapa nak faham tentang sejarah, jadi mereka pun cepat bosan.


Terus buat aktiviti sendiri, melompat lebih tinggi! Riuh dalam Muzium tu dengan suara anak-anak saya saja.



Ini masa naik ke tingkat atas. Tengok, sayalah ibu yang sangat sibuk itu suruh anak jangan bising sangat.


Di bahagian atas, satu-satunya tempat yang menarik perhatian anak-anak adalah peta negeri Perak.


Terus duduk lepak macam rumah sendiri.




Paling tak tahan, terus tidur, seolah-olah berehat di tepi pantai. Aduh!


Saya pun tumpang sekaki. Bukan tumpang tidur ye, tumpang bergambar je.


Ok, cukuplah tu. Jom kita pegi makan Yong Tau Fu yang sedap di Taiping ni. Ibu dah lapar.