Wednesday, January 18, 2012

Gosok Jangan Tak Gosok

Masa saya kecil dulu, saya ingat lagi basuh kasut sekolah adalah tanggungjawab sendiri. Baju sekolah, maklah yang basuh. Tapi kasut sekolah memang dah menjadi tugas saya.

Bila Haziq dah masuk darjah 1, tugas membasuh kasut saya minta dia buat.




Tengok, nampak gigih sangat cuci kasut. Maklumlah benda baru, tengah seronok nak buat. Jangan lepas ni malas-malas sudah la.

Bagi sesetengah orang, perkara ni nampak kecil saja. Tapi, bagi saya perkara-perkara kecil macam nilah yang boleh kita ajar, menjadi asas supaya anak lebih bertanggungjawab dan sayangkan barang-barang sendiri.



Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Gosok jangan tak gosok Haziq.

Dalam hati ni bercita-cita nak ajar Haziq gosok baju sekolah sendiri pula. Tapi kena tunggu dia besar skit. Penatlah ibu menggosok baju hari-hari.

No comments: