Friday, January 13, 2012

Haziq Fahmi: Hari Pertama di Sekolah

Tengoklah muka orang ceria nak ke sekolah.


Sempat bergambar dengan Hana Alesya. Masa ni Hadif dah tak ada sebab awal pagi lagi dia dah ke tadika. Haziq bersekolah sesi petang.


Haziq ditempatkan di kelas kuning. Pembahagian kelas belum lagi dibuat. Ini senarai nama budak-budak di kelas kuning.


Rasanya ibu bapa yang lebih teruja bila anak-anak masuk Tahun 1. Rama-ramai berkumpul depan kelas nak tengok anak masing-masing.


Haziq di dalam kelas. Kira di sini semua kawan-kawan baru sebab semuanya dia tak kenal. Lainlah kalau bersekolah di Kulim.



Cikgu kelas Haziq (yang pakai tudung pink tu) pun sibuk sebab ramai ibubapa yang jumpa dia bertanyakan itu ini.


Sementara tunggu giliran nak bercakap dengan cikgu, sempat juga saya ambil gambar Haziq yang sibuk bercerita dengan Huzein.


Selesai urusan dengan cikgu saya, Huzein dan Hana Alesya keluar dari kelas. Tengok Haziq join budak depan melangut. Mungkin bosan sebab tak ada apa nak buat. Cikgu pun sibuk dengan ibubapa.


Kami ke kantin sekolah sekejap untuk minum. Hana Alesya sibuk nak minum sendiri air. Tak bagi saya pegang dan tak mau kongsi pulak tu.


Lepas minum, kami naik ke atas mengintai apa Haziq tengah buat.



Rupanya dia tengah sibuk buat kerja yang cikgu bagi. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Kami tinggalkan Haziq di sekolah dan balik ke rumah.

No comments: