Friday, January 6, 2012

Haziq Fahmi: Orientasi Tahun 1

Kami semua ke sekolah baru Haziq di Kepala Batas dari Kulim. Jadi kena bangun awal sebab perjalanan ke sana lebih kurang 30 minit dan orientasi bermula seawal jam 8.00pagi.


Haziq bangun awal pagi. Muka memang ceria maklumlah nak pergi sekolah baru.


Menambahkan keceriaan, dapat beg sekolah baru cap Ben 10 idaman kalbu.


Hadif dan Hana Alesya yang selebet dan busuk tak mandi pun ikut sama. Mulanya ingat nak hantar ke rumah mak saya, tapi dah tak sempat angkut semua pergi sekolah.

Semua murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing dan terus pergi ke kelas ikut guru kelas. Semua ibubapa berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat.




Mula-mula memanglah saya tumpu perhatian pada ucapan dan taklimat yang diberi. Tapi lama-kelamaan jadi bosan sebab tak berapa dengar dan ada yang beri taklimat panjang berjela.

Budak kecik ni pun dah buat muka boring.


Jadi, saya dan Huzein naik ke tingkat 1 untuk tengok Haziq. Hari itu juga semua ibubapa dah boleh ambil buku teks untuk anak masing-masing kecuali yang mendaftar lewat seperti saya. Kena tunggu buku ada baru boleh ambil. Buku tulis saya dah beli siap-siap masa cuti sekolah.

Dalam jam 11.30 pagi, kami semua keluar dari sekolah dan pergi makan. Harapnya bila start sekolah nanti Haziq akan cepat menyesuaikan diri.

No comments: