Friday, January 6, 2012

Mee Bree

Kalau di kawasan Kepala Batas, kedai mee ini dipanggil Mee Bree. Tapi bila tengok papan tandanya ditulis Zaiton Mee Udang. Kedainya jauh ke dalam kampung. Tapi, kalau nak pergi ikut saja papan tanda, insyallah sampai.


Kecil saja kedai mee ni. Tapi sangat terkenal dengan mee udang/mee rebus/mee kuahnya. Mintalah mee udang/mee rebus/mee kuah, dapat benda yang sama saja. Kedai di kelilingi rumah-rumah kampung. Ada budak-budak bermain-main di depan kedai.



Saya sudah pernah sampai ke sini dengan kawan sepejabat sebelum ini. Ini kali pertama saya bawa family. Lepas pesan makanan, saya ambil gambar sekeliling termasuk gambar anak-anak yang teruja nak bergambar.




Saya berjalan sekeliling nak ambil gambar sawah padi. Tapi kakak taukeh kedai kata, bendang tak berapa menjadi.


Memang seronok makan kat sini sebab suasananya tenang dan damai.


Nampak tak dikejauhan tu? Sepasang warga emas sedang makan berdua.


Nampak comel je pakcik dan makcik ni makan berdua di tepi sawah padi. Terbayang keadaaan saya dan Huzein bila tua nanti, mungkin macam tu.


Ok, makanan sudah sampai. Jom kita makan!

Ini mee kuah/mee rebus yang saya dan Huzein pesan. Rasa dia memang sedap, tapi Huzein prefer kalau kuahnya lebih pekat.


Ini mee sup untuk anak-anak. Ini Haziq punya yang saya dah bahagi 2 untuk share dengan Hadif.


Makan dengan penuh berselera.



Lepas tu kami tambah order Maggi goreng pulak. Ini memang tengah laparlah ni. Maggi goreng pun sedap. Ok, saya tau kami semua tengah lapar jadi rasa Maggi goreng jadi sedap!


Dalam pukul 7 malam baru kami bertolak pulang. Hari pun dah gelap. Singgah sekejap di tepi jalan untuk ambil gambar papan tanda kedai. Kalau tengok di bawah tu tulis BUKA maknanya kedai tu dibuka. Senang skit orang nak tahu kedai buka atau tutup. Sebabnya kedai ni memamng jauh ke dalam kampung. Kalau pergi, tengok-tengok tak buka, mesti hangin. Lebih-lebih lagi kalau perut tengah lapar :D.

2 comments:

-syira- said...

kepala btas kt kg mna kedainya kak?teringin plak nk p sbb slalu jugak turun kpla btas..

Aishah Megahasz said...

Syira: Akak nak bagitau nama jalan pun tak pandai...tapi ikut jalan Bertam (lalu USM, MRSM & ILP) menuju ke Tasek Gelugur. Kedai tu sebelah kiri. Cari papan tanda macam dalam gambar tu. Insyallah sampai.