Monday, January 30, 2012

Restoran Al-Araby, Tesco Extra Seberang Jaya

Kami sekeluarga singgah untuk makan malam di restoran ini kebetulan sebab nak pergi barang rumah di Tesco Extra Seberang Jaya.


Kalau tak silap, dulunya restoran ini adalah restoran Rasa Mas. Anak-anak sibuk nak makan KFC tapi tekak ni dah malas nak layan makanan-makanan macam tu. Pujuk juga anak-anak masuk ke sini.

Ramai juga orang dalam restoran masa kami datang. Kebanyakkan datang makan bersama keluarga.



Peace dari Hana Alesya. Jom kita order.


Kebanyakkan menu dah habis. Kami datang pun dah lewat, jam 9.00 malam lebih dah pun.


Untuk makanan kami order Chicken Mandy 2 set. Chicken Mandy ini adalah Nasi Arab dengan ayam. Kalau nak daging pun boleh juga. Kami order 2 set saja sebab biasanya nasi di kedai makanan Arab banyak. Boleh share dengan anak-anak.


Minuman kami order air Oren dan Barbican iaitu air dalam botol. Airnya bergas tapi taklah sekuat Coke.

Sambil-sambil tunggu order sampai boleh baca majalah dekat sini. Kebanyakkan majalah Bahasa Arab. Tak paham, boleh tengok gambar sajalah.


Inilah rupa Chicken Mandynya. Nasi bersama lauk ayam, acar dan kuah dal. Nasi dah tinggal separuh sebab saya dah letak separuh lagi dalam pinggan Haziq.


Makanlah anak-anak dengan penuh berselera sekali.



Sambil makan, pelanggan dihiburkan dengan irama padang pasir. Hana Alesya siap bangun dari baby chair dan menari ikut irama. Malu punya pasal lupa nak ambil gambar.

Habis makan baru boleh minum air. Inilah rupanya air Barbican tu. Rasa lebih kurang air F&N je.



Hana Alesya share dengan saya air oren. Dia kata air gas pedas.


Total semua RM44.80 termasuk service charge dan tax.

8 comments:

rie said...

hi..just nak tny..
how was the food?
byk pilihan x?
berminat nak try berbuka disana

Aishah Megahasz said...

Rie: Food tak banyak pilihan sangat sebab masa kami sekeluarga pergi restoran baru buka. Tapi makanan dia sedapla...
Bulan puasa ni ternampak masa shopping di Tesco restoran ada setkan buffet untuk buka puasa, maybe pilihan makanan lebih banyak. Selamat mencuba!

Anonymous said...

Sekarang mcm2 ada.. Bnyk menu yg lazat utk dimakan

Aishah Megahasz said...

Wah, boleh pergi lagi lepas ni. Dah lama tak pergi situ.

Anonymous said...

apa pun tkasih byk - byk 4 sharing

harrizam said...

salam... ayam mendy tu macam ayam goreng ja...atau saya tak berapa nampak

Aishah Megahasz said...

Harrizam: Nampak macam ayam goreng, tapi rasanya lain dari ayam goreng. Nasinya pun sedap.

Aishah Megahasz said...

Maaf pada yang komen sebelum ini. Saya terdelete. Harga makanan di sini saya sudah lupa sebab dah lama tak makan di sini. Tapi masih lagi berpatutan sebab sepinggan nasi boleh share 2 orang sebab banyak.