Tuesday, January 31, 2012

Ronda-Ronda di Penang

Nama je tinggal di Pulau Pinang tapi nak ke sebelah pulau sana memang jarang sekali. Rasa macam jauh saja nak ke seberang.

Memandangkan masa tu masih lagi dalam cuti Tahun Baru Cina, harapnya jalan tidak sesak. Budak-budak ni kalau dibawa berjalan memanglah seronok!


Hana Alesya, separuh jalan sudah tertidur.


Hampir ke tengah Jambatan Pulau Pinang, kereta mulai perlahan.


Rupa-rupanya ada kemalangan. Nasib baik jamnya sekejap saja.



Hajat di hati nak bawa anak-anak ke Bukit Bendera. Ingatkan time cuti Raya Cina ni tak ramai orang, tapi punyalah ramai sampai entah berapa panjang punya barisan.



Terus tak jadi nak naik ke Bukit Bendera. Kesian dengan anak-anak yang beria-ria nak naik train.


Muka sorang-sorang yang frust menonggeng.


Memandangkan waktu solat Jumaat pun dah hampir masuk, kami ke masjid berhampiran. Lepas solat, kami ke Gurney Plaza. Nak cari parking punyalah hazab. Nasib baik dapat, tapi terpaksa berjalan jauh untuk ke Gurney Plaza.



Sampai je Gurney Plaza terus cari makan. Time lapar macam ni tengok apa pun rasa sedap. Terus masuk Nando's dan penuhkan perut.


Memandangkan dah malas ke tempat lain, jadi kami habiskan masa di Gurney Plaza saja. Huzein ajak ke MPH untuk beli buku guna voucher buku 1Malaysia yang dia dapat.




Huzein beli buku dia saja 2 buah dah hampir RM200. Yang tak berapa bestnya, ada orang datang tanya dekat kaunter boleh tak guna voucher buku 1Malaysia tu beli majalah. Macam tak berbaloi je beli majalah.

Ini untuk saya, buku Kegilaan Di Dalam Pesawat! oleh Yvonne Lee. Maklumlah skit hari lagi nak naik kapalterbang....hahahahaha. Buku ni best sebab menceritakan pengalaman sebenar Yvonne yang bekerja sebagai pramugari. Bahasa sedikit tunggang terbalik sebab buku ini adalah terjemahan. Versi asal dalam Bahasa Inggeris. Harga RM29.90 dibayar sendiri bukan menumpang voucher Huzein.


Habis beli buku terus balik. Letih dan tak sabar nak baca buku baru!

No comments: