Friday, January 6, 2012

Tahun Baru, Rumah Baru

Beberapa bulan sebelum masuk tahun 2012, saya dan Huzein berbincang dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk berpindah ke Kepala Batas. Ini bagi memudahkan saya menguruskan anak-anak sekiranya Huzein ke Perlis.

Jadi, bila Haziq dapat tukar pendaftaran sekolah untuk Tahun 1, saya terus daftarkan Hadif di tadika di kawasan situ juga. Agenda seterusnya adalah mencari rumah sewa. Susah juga mencari rumah sewa yang betul-betul berkenan di hati. Ada saja halangan, contohnya ada tuan rumah yang meletakkan harga yang terlalu mahal padahal rumah tu setingkat saja dan lokasi nun jauh di hujung dunia.

Alhamdulillah, kami dapat juga rumah sewa yang selesa untuk kami sekeluarga. Lokasi pun berdekatan dengan sekolah anak-anak dan yang paling penting berada di kawasan yang selamat.

Bila dah dapat rumah, bermulalah sesi cuci-mencuci. Anak-anak suka sangat nak menolong. Er...rasanya main lagi banyak dari buat kerja.




Tengok budak kecik tak malu pakai seluar kecik sambil buat kerja.


Ini gambar di tingkat atas. Sudah bersih dan siap pasang curtain lagi. Kami dah cuci tingkat atas sehari sebelum ini. Tingkat bawah baru nak cuci sebab tuan rumah buat renovation sikit.


Lega bila dah pindah dekat dengan tempat kerja dan dekat dengan sekolah anak-anak. Lepas ni tak ada alasan datang kerja lambat lagi :D

No comments: