Friday, February 24, 2012

4 Tahunlah!

Alhamdulillah, 20 Februari 2012 genap 4 tahun umur Hadif Syahmi. Gambar ni diambil pagi-pagi semasa sarapan sebelum ke sekolah. Rambut pun tak bersikat, sibuk nak celebrate birthday dia.



Hmm... tengok umur dah 4 tahun tapi Hadif memang susah makan. Pagi tu dia cuma nak makan telur dan sosej saja. Takpelah, asal mahu makan. Kalau tak perut kosong nanti masalah lain pula yang timbul.


Hadif di tadika pun tiada masalah menyesuaikan diri. Lansung tak menangis dan buat drama. Cikgu tadika dia cakap, dia banyak bertanya dan ada potensi jadi leader.

Hari tu masa saya jemput Hadif balik dari tadika, dia minta saya ambil gambar rumah yang dia buat dengan kawan-kawan dia. Saya layankan saja. Tebalkan muka dekat cikgu dan snap gambar rumah yang Hadif buat.



Lepas saya tu ambil sekali gambar hasil kerja Hadif Syahmi yang dilekatkan di dinding sekolah.


Happy Birthday Hadif Syahmi. Semoga jadi anak yang soleh.

2 comments:

Afne said...

happy belated birthday hadif! makin ensem lah dh bsr ni.

Aishah Megahasz said...

Afne: Terima kasih *Hadif cakap* :D