Tuesday, February 14, 2012

Aiskrim Swensen's Yang Mahal

Ingat lagi gambar ni? Penuh syahdu anak-anak makan aiskrim. Sampai terpejam-pejam mata.


Ini gerai aiskrim Swensen's di Auto City Juru. Walaupun kecil tapi memang menarik perhatian kanak-kanak.


Bukan kata kanak-kanak, orang dewasa pun berebut-rebut nak beli.


Sebagai peringatan, tanda harga tidak diletakkan. Nak tahu berapa harganya? RM9.90 untuk satu aiskrim. Kalau seorang anak nak satu, berapa dah kena? Dekat RM30.00, menggigil tangan nak membayarnya


Tapi bila tengok anak-anak enjoy dan happy sangat dapat makan aiskrim, apalah sangat RM9.90 tukan? Tak ternilai rasanya.






Aiskrim ni memang sedap. Makan hingga titisan terakhir. Sambil makan boleh tengok budak-budak lain naik motosikal bateri. Memang syok!

No comments: