Wednesday, February 29, 2012

Bukit Bendera

Walaupun saya orang Pulau Pinang, tapi ini merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke Bukit Bendera. Dah ada pengalaman, datang sebelum ini tak dapat naik ke puncak sebab ramai sangat orang, kali ini kami sekeluarga keluar awal-awal pagi.


Nampak tak jalan keretapi untuk naik ke puncak Bukit Bendera? Tengok, terus tak sabar nak naik ke atas.

Harga tiket RM8.00 untuk dewasa dan RM4.00 untuk kanak-kanak. Kalau nak jimat boleh beli pakej family iaitu RM18.00 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Hana Alesya tidak dikenakan bayaran. Harga tu adalah warga Malaysia, kena tunjuk Mykad. Kalau pelancong asing, harga tiket lebih mahal.

Lepas beli tiket, masa beratur tunggu keretapi datang, budak-budak kata lapar. Nasib baik ada roti dalam beg. Kita makan dulu!



Cepat-cepat, keretapi dah sampai.



Teruja anak-anak saya naik keretapi.




Bila sampai ke puncak Bukit Bendera, saya pula yang teruja tengok kawasannya berkabus. Dah macam Cameron Highlands.




Dah sampai sini, haruslah posing-posingkan. Macam-macam gaya yang anak-anak saya buat.





Kalau nak tengok permandangan sekitar Pulau Pinang boleh tengok melalui teropong ni. Bayaran adalah RM0.50 untuk 2 minit.



Masa ni kabus tebal sangat. Jadi gambar Haziq tengok melalui teropong itu adalah lakonan semata-mata.


Menariknya di Bukit Bendera ada restoran mewah dan juga hotel. Dah nama pun mewah, jadi harganya pun mestila mahal.



Ada tempat ambil gambar dengan ular sawa. Ok, tengok dari jauh saja sebab geli semacam je.



Haziq terperasan gambar Lan Pet Pet dekat sini. Terus dia tanya saya, "Ibu ini bukan yang Senario tu kan?"

Kalau rasa malas nak berjalan boleh naik buggy. Tapi tengok harga terus tak jadi. Mahal sangat.



Nak cuba naik ni pun boleh, tapi harga tak tahu sebab malas nak tanya. Hadif macam berminat, tapi jangan harap Ibu nak bagi.


Atas permintaan anak-anak, saya bawa mereka masuk ke sini. Semua sibuk nak tengok burung. Tapi jangan ingat percuma. Semuanya kena duit. Nak masuk ke sini RM5.00 untuk dewasa dan RM3.00 untuk kanak-kanak.



Dah masuk sini, tengokla burung puas-puas.







Yang paling menarik perhatian saya adalah bunga kantan. Kalau dekat rumah ni tak sempat kembang sudah dicantas buat masak asam pedas atau laksa. Dekat sini dia siap masukkan dalam pasu buat perhiasan.


Paksa Huzein ambil gambar saya seorang :D. Cantikkan jubah dress ni?


Macam-macamla gelagat anak-anak saya. Bila penat terus mengendeng dekat Abah.




Hadif pura-pura tidur sebab dah letih berjalan.


Saya beri kamera saya pada Haziq untuk ambil gambar. Suka betul dia.


Siap ambil gambar sendiri tu.


Paling saya suka gambar saya dan Huzein yang dia ambil. Saya nampak comel dalam gambar ni :P


Bersebelahan taman burung ni ada galeri lukisan. Tapi malas nak masuk.


Kami berjalan turun. Haziq sibuk ambil gambar. Tengok saya tengah melayan Hadif yang merajuk sebab saya tak mahu belikan dia aiskrim.



Merajuk sangat, hantar balai polis baru tau! Di puncak Bukit Bendera pun ada balai polis.


Dah penat jalan, kita makan dulu. Saya bawa spagetti dari rumah, lebihan breakfast pagi itu.



Kami berkelah di bangku yang disediakan di situ sambil tengok orang lalu-lalang. Orang pun dah makin ramai.


Habis makan, kami turun semula sebab dah tak ada tempat yang boleh kami lawati lagi.



Kali ni kami ambil peluang tengok permandangan di sekitar Pulau Pinang melalui teropong sebab kabus dah makin kurang.




Ok, masa untuk balik. Kena beratur lagi sekali untuk naik keretapi.


Dari dalam keretapi memang boleh nampak permandangan sekitar Pulau Pinang.



Bye-bye Bukit Bendera. Sekarang ni Bukit Bendera masih ada beberapa tempat dalam proses renovation. Akan dibina Owl Muzium di sini. Kalau datang lagi, bolehlah melawat.


Ada rezeki kami datang lagi.

2 comments:

Edura Hanum said...

last sy g bukit bendera 2003 time study.sgt suka bila berada di atas.dengan kabus yang tebal..feeling cam dkt oversea pulak

Aishah Megahasz said...

Edura: Ya..kabus tebal rasa macam kat oversea. Kalau buat cantik2 ni maunya sama taraf dengan Cameron