Tuesday, February 21, 2012

Jakarta Aku Datang!

Yeay, saya ke Jakarta! Tak pernah ada dalam perancangan. Ini adalah hadiah dari lucky draw masa menghadiri kursus di Cameron Highlands. Alhamdulillah, dah jadi rezeki saya. Saya pergi bersama Huzein. Cuma kami berdua, tanpa anak-anak yang ditinggalkan. Ini merupakan kali pertama saya tinggalkan Hana Alesya.

Kami ke Jakarta dengan menaiki Air Asia. First time naik Air Asia.



Sempat lagi nak bergambar bergambar. Muka comot dan busuk sebab tak mandi pagi. Tempat duduk betul-betul tepi sayap kapalterbang. Tapi, harus pejam mata rapa-rapat dan paksa diri untuk tidur. Saya ni fobia sikit naik kapalterbang. Mesti mabuk, mengalahkan orang mengandung.


Huzein juga yang relaks. Perjalanan lebih kurang 2 jam pun rasa sungguh lama bagi saya.


Lega sangat-sangat bila sampai di Jakarta. Memandangkan perut dah lapar, saya ajak Huzein makan dulu di lapangan terbang.


Kami ke restoran Baso Ino di situ.


Kami order bakso dan nasi goreng. Harga saya tak ingat, tapi biasalah mesti mahal sebab di lapangan terbang. Rasa boleh tahan saja. Memandangkan lapar, makan sampai licin.



Dari lapangan terbang, kami ambil teksi untuk ke hotel. Kalau ke Jakarta ambil teksi bermeter untuk mengelakkan ditipu. Biasanya teksi Blue Bird menjadi pilihan.

Kami menginap di Hang Tuah Boutique Hotel. Hotel ini merupakan banglo 3 tingkat yang telah diubahsuai menjadi hotel.



Jom tengok bilik. Cantik sangat! Paling penting selesa.



Gambar gedik dari dalam bilik. Tengok jutawan Huzein Fahmi tengah mengira duit.


Lepas mandi terus tertidur. Letih! Dekat jam 4.00 petang baru bangun dan bersiap-siap keluar ke Plaza Senayan. Plaza Senayan lebih kurang macam KLCC. Kami jalan-jalan tengok gelagat warga Jakarta dan beli pizza untuk makan di hotel. Penat berjalan kami pulang semula ke hotel. Malam tu kami menghabiskan masa menonton TV. Macam-macam cerita menarik termasuklah rancangan yang mirip rancangan Imam Muda. Kalau tak silap tajuk dia Kiyai Pilihan (dah lupala....) di mana peserta dia bukan sahaja lelaki tetapi perempuan pun ada.

Esok pagi-pagi kami bersarapan di hotel.


Menu pilihan kami berdua adalah nasi goreng.


Lepas sarapan, kami berdua berjalan kaki di sekitar hotel untuk mencari spa. Hajat di hati nak tempah untuk malam tu. Tapi ini yang kami jumpa.



Spanya tiada. Jadi kami tahan teksi dan terus ke Tanah Abang.


Kompleks di Tanah Abang. Papan tanda pun belum siap lagi.

Maka bermulalah episod pusing-memusing, pilih-memilih dan beli-membeli.




Gambar tak ambil banyak di Tanah Abang. Datang nak shopping ke nak bergambar? Haruslah tumpukan sepenuh perhatian kepada aktiviti membeli-belah. Di sini segala macam benda pun ada. Tapi kebanyakkannya untuk kaum wanita. Dari telekung, tudung, blouse, jubah, kain pasang, beg, semua pun ada. Untuk lelaki dan kanak-kanak tak banyak sangat pilihan.

Dalam letih-letih balik dari Tanah Abang sempat lagi singgah di Hard Rock. Huzein nak beli t-shirt. Lepas beli t-shirt, kami beli makanan dan pulang ke hotel untuk makan.

Malam tu kami ke spa di Dharmawangsa Hotel. Kalau ke Indonesia, kalau tak pergi spa adalah sangat rugi.


Tempat spanya memang cantik dan selesa sangat.



Ini tukang urut saya. Namanya Nuri dan sangat peramah.


Bergambar dengan Huzein. Nampak sangat saya keletihan sebab penat berjalan seharian.


Sebelum balik ambil gambar dalam kawasan hotel. Ada persembahan alat muzik tradisional Indonesia di situ.



Balik tertidur semasa menonton TV :D

Esok paginya kami sarapan di dalam bilik. Malas nak turun makan di bawah.



Lepas bersiap, kami ambil gambar di sekitar hotel. Mulanya nak keluar, tapi takut tak sempat pulang semula ke hotel untuk ambil barang dan ke airport. Di luar hotel dapat tengok kenderaan memenuhi jalan. Orang sana panggil jam, mancet.



Kawasan hotel memang cantik sangat.



IKLAN: Suka tak baju ni? Kalau suka boleh beli di SINI




Huzein macam orang kaya baru. Maklumlah pergi Jakarta bawa duit juta-juta.



Ingatkan nak berehat-rehat. Tapi macam boring duduk saja, kami ambil keputusan untuk ke Tanah Abang dan habiskan duit yang ada. Bergegas kami panggil teksi dan terus ke sana.

Balik dari Tanah Abang, terus check out dari hotel dan ke lapangan terbang. Poster yang ada di lapangan terbang ni menarik perhatian betul.



Rasa lega bila dah masuk dalam kapalterbang. Memang tak sabar nak balik sebab teringat anak-anak di rumah.


Bila dibandingkan staf Air Asia Indonesia dan Malaysia memang berbeza. Staf Air Asia Indonesia lebih bersopan melayan pelanggan.

Saya tak kisah sangat. Yang penting dalam kapalterbang harus tutup mata rapat-rapat sebab takut pening dan muntah. Nasib baik 2 jam saja perjalanannya.

Er... pergi Mekah berapa jam? Dapatkah saya bertahan? Tapi, benda baik mesti diberi jalan yang mudah olehNya. Insyallah.......

No comments: