Monday, February 27, 2012

Ular & Kura-Kura

Haziq sibuk menyiapkan kerja sekolah di tingkat atas. Bagi mengelakkan Hadif dan Hana Alesya kacau dia, saya layan mereka main plasticine. Hadif buat ular. Bukan main lagi dia menggentel plasticine itu. Hana Alesya yang tak pandai apa-apa, dilenyeknya plasticine.


Kesiankan Hana Alesya, saya buatkan dia kura-kura. Tadaa... comel tak?


Tiba-tiba ular menjalar ke arah kura-kura dalam percubaan memusnahkannya.


Berani dekat? Meh sini kalau nak kena.


Ular pun terputus dua dan terpaksa di buat semula.

Rasanya saya yang melebih-lebih main ni dari anak-anak :D

No comments: