Tuesday, March 20, 2012

Hadif Syahmi: Adoi Sakit Gigi!

Hadif Syahmi mengadu sakit gigi. Jadi, saya bawa dia untuk buat pemeriksaan. Pemeriksaan adalah percuma sebab saya staf di sini. Untuk kanak-kanak gigi akan diperiksa oleh jururawat bukan doktor gigi.

Mula-mula Hadif nampak relaks saja. Nurse pun baik. Jadi, Hadif pun ok.




Wah, bukan main tenang je Hadif ni.


Lepas 5 minit, agak-agak dia berasa sakit terus dia tutup mulut dan tak nak buka-buka. Pujuk macamana sekalipun jangan harap nak buka mulut. Last-last dengan nurse dan ibu pasrah. Terpaksa stop sesi check gigi.

Nurse pesan bawa dia datang lain kali. Akibatnya gusi Hadif bengkak sebelah keesokkan harinya. Terus hilang comel!

No comments: