Thursday, March 1, 2012

High Tea Buffet Di Hotel Naza Talyya Penang

Sebagai meraikan Hadif Syahmi yang akan celebrate birthday, saya telah membeli voucher dari Groupon untuk Hi Tea di Hotel Naza Talyya Penang. Harga kupon adalah RM16.90 sahaja. Saya beli 2 untuk saya dan Huzein. Haziq dikenakan charge untuk kanak-kanak. Kalau tak silap saya RM12.00, saya dah lupa. Hadif dan Hana Alesya free saja.

Saya tak ambil gambar makanan yang ada sebab kualitinya tersangatlah menyedihkan. Saya sedikit kecewa dengan pilihan makanan yang ada. Bagi saya, tak apa kalau nak kurangkan makanan sebab dia offer murah, tapi jagalah kualiti makanan. Ini kuantiti kurang, kualiti pun tak ada. Dekat kupon tulis menu bukan main lagi.

Saya makan makanan yang ringan-ringan saja. Anak-anak saya cuma makan pancake dengan koew teow sup. Itupun fish ball dah tinggal berapa ketul je.


Beria-ria Haziq dan Hana Alesya cuba makan dengan menggunakan chopstik.



Dah macam iklan mee megi. Sedap sangat ke?


Hadif je malas mencuba. Dia cuba sekali tak berjaya terus dah tak nak makan.


Yang best pun sebab ada aiskrim. Saya dan anak-anak memang suka aiskrim!




Main bisik-bisik. Entah apa yang rahsia sangat tu entahlah.


Pelanggan yang membeli kupon hi-tea ini juga dibenarkan untuk guna kolam mandi walaupun tidak menginap. Ni gaya-gaya orang yang tak sabar nak main air. Sibuk pergi rendam kaki dalam kolam.


Tukar baju dan apa lagi terus terjunlah.






Hana Alesya yang paling awal mengalah. Sejuk katanya.



Dah puas mandi, saya tukarkan baju mereka dan pergi lagi sekali dekat kolam untuk bergambar sebagai kenangan. Lagipun permandangan cantik.



Entah apa jenis posing pun tak tahula.



Aksi baring konon-konon macam orang kaya harus ada.



Ini aksi orang yang gigih ambil gambar anak sampai gambar sendiri pun tak ada. Nasib baik ada kamera buruk saya. Bolehla snap barang sekeping dua :D


No comments: