Wednesday, March 21, 2012

Hotel Hallmark View Melaka

Saya booking awal di Hotel Hallmark View Melaka melalui kupon yang saya beli di Groupon.


Hotel kecil saja dan tiada kolam mandi. Maklumat lanjut mengenai Hotel Hallmark View boleh klik DI SINI. Di Melaka saja ada 3 cawangan Hotel Hallmark.

Bilik di sini cantik tapi sempit untuk kami sekeluarga. Pusing kanan katil, pusing kiri bilik air.






Kalau berdua saja dengan Huzein, oklah. Berlima dengan anak-anak yang sangat lasak dan tak reti duduk diam, bilik itu tiba-tiba bertukar jadi taman tema. Tapi, alhamdulillah masih lagi selesa. Bukan nak buat apa pun, untuk tidur dan berehat. Kata datang nak bercuti, harus jalan-jalan sampai pengsan.

Breakfast dekat sini pun ok. Walaupun kuantiti makanannya sedikit tapi kualiti memang terjaga. Makanannya sedap. Jadi, saya sangat berpuashati berbanding hi-tea buffet di Hotel Naza Talya Penang.

No comments: