Monday, March 5, 2012

Menang Percutian 3H2M Ke Phuket

Rasanya ramai yang baca di facebook dah tahu. Percutian 3 hari 2 malam ini saya menangi dari peraduan Ambi Pur. Syukur sangat-sangat sebab saya hantar 1 borang peraduan sahaja.



Belum lagi diputuskan sama ada mahu ke Phuket atau tukar destinasi sebab dalam borang peraduan kata boleh tukar destinasi lain kalau mahu. Nak kena cari tarikh yang sesuai dulu maklumlah sejak Haziq masuk darjah 1 ni susah sikit nak bercuti-cuti sakan.

Bila dah menang peraduan Ambi Pur ni terus bersemangat nak aktif semula masuk peraduan. Jangan hangat-hangat tahi ayam sudahlah.