Thursday, March 22, 2012

Muzium Samudera Melaka

Tempat pertama yang kami lawati semasa di Melaka adalah Muzium Samudera. Hadif tunjuk gambar Muzium Samudera dalam brosur tempat-tempat yang boleh dilawati di Melaka. Dia kata nak pergi ke situ.


Perjalanan menjadi mudah sebab pakai GPS. Tak adalah terpusing-pusing cari tempat. Bangunan di sekitar Melaka memang cantik-cantik.


Muzium Samudera dari jauh. Nak cari parking dekat sini susah betul. Maklumlah cuti sekolah, orang pun ramai.


Anak-anak pun tak sabar nak pergi melawat. Teruja tengok kapal yang sungguh besar itu.



Ini pintu masuk ke Muzium Samudera. Sebelum masuk kena beli beratur beli tiket dulu.


Harga tiket adalah RM3.00 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak RM1.00 saja. Bila tiket diberi, anda juga akan diberikan beg plastik untuk mengisi kasut. Masuk dalam muzium kena buka kasut bagi menjadi kebersihan.


Kedatangan kami disambut oleh seekor biawak. Kebetulan ada biawak di kawasan bawah kapal masa kami datang. Semua orang sibuk ambil gambar biawak ni. Tiba-tiba jadi selebriti pulak.


Ok, jomlah kita naik ke kapal.


Anak-anak saya seronok menjenguk ke luar kapal. Boleh nampak permandangan Bandar Melaka.


Kalau masuk dalam Muzium, kena buka kasut dan masukkan dalam plastik yang diberi. Ada yang tinggalkan plastik di luar. Tapi saya bawa juga masuk ke dalam. Tengok di tangan saya plastik putih tu.


Saya dan Hang Tuah. Sila jangan ikut aksi ini :D


Melaka Bandaraya Bersejarah. Jadi, bila ke Melaka haruslah semua perkara ada kaitan dengan sejarah.




Patung-patung ni menunjukkan aktiviti perdagangan pada Zaman Kesultanan Melaka.




Ini antara matawang yang digunakan pada zaman dulu. Bentuk cicak dan kura-kura pun ada.


Hazqi dan Hadif sangat berminat dengan meriam yang ada di situ. Siap berlagak main perang-perang lagi.






Ingat tak dengan Alfonso De AlBurqueque? Masa sekolah dulu bila belajar sejarah mesti kita diperkenalkan dengan Alfonso De Alburqueque. Betulkah muka dia macam ni?



Senjata orang Portugis dan kapal perang pun ada.




Saya gigih pakai skirt sedondon dengan Hana Alesya. Comel tak?


Haziq dan Hadif seperti biasa mesti pakai sedondon bersama.



Habis pusing-pusing dalam kapal yang dijadikan muzium, kami keluar tengok keadaan di luar kapal pula.







Lepas tu kami ke ke sebelah kanan kapal pula. Malas nak cerita banyak, layan gambar sajalah.







Turun dari kapal sempat lagi bergambar.




Haziq nampak macam anak teruna yang dah besar panjang. Hadif masam sebab muka bengkak sebelah akibat sakit gigi. Saya? Maintain comelkan?

Tiba-tiba je anak-anak saya sebut lapar dan nak makan. Nasib baik ada biskut dalam beg. Jadi Ibu ni memang kena bersedia sentiasa.



Dah kenyang, sambung lawatan ke bahagian muzium di bangunan sebelah kapal.


Antara yang dipamerkan di sini adalah hidupan laut dan juga pelayar terkenal seperti Sinbad dan Marco Polo.



Kapal karam pun ada.



Kapal yang tak karam pun ada.


Oh, ini bukan Karam Sigh Walia.


Ini gambaran pelabuhan Melaka pada zaman dulu.


Ok, itu sajalah. Penat juga melawat Muzium Samudera ni. Last sekali saya sajikan gambar kapal besar yang gambarnya diambil oleh Huzein Fahmi.


Ini diambil oleh Haziq Fahmi.


Berdepan dengan Muzium Samudera ada Medan Samudera yang menjual pelbagai barangan kraf, t-shirt dan juga barangan cenderahati. Makanan tradisional seperti kerepek, cakar ayam juga belacan, cencaluk dan lain-lain lagi pun ada.


Jangan lupa minta diskaun ya. Kalau beli banyak, mulut pun manis lagi ramah, confirm dapat!

No comments: