Wednesday, March 28, 2012

Naik Beca Di Kota Melaka

Beca sangat terkenal di Melaka. Walaupun dekat Pulau Pinang ada beca, tapi tak pernah pun bawa anak-anak naik. Bila dah ke Melaka, saya ajak Huzein bawa anak-anak naik beca.



Harga nak naik beca ni pun boleh tahan juga mahalnya. Ronda-ronda sikit dalam 20 minit boleh mencecah RM25. Kalau kami sekeluarga kena ambil 2 beca, dah jadi RM50. Jadi kami ambil pakej paling murah RM10, dari Medan Samudera ke kawasan bangunan merah. Itupun naik tak sampai 10 minit dan terpaksa berjalan kaki untuk balik ke tempat kami parking kereta.





Eh, anak dara ni tak nak turun dari beca ke? Mesti tak puas naik sebab sekejap sangat.



Kawasan bangunan merah ni ada banyak jual cederamata seperti t-shirt, key chain dan fridge magnet. Malas nak masuk ke dalam, tengok-tengok dari luar sahaja.


Seperti biasa, bila pergi holiday saya biasanya suka beli fridge magnet buat kenangan. Punya gigih memilih, rasa macam semua nak diambil. Semuanya cantik-cantik belaka.



Comel je gambar Hana Alesya yang ni. Ibu sibuk nak beli fridge magnet, anak-anak sibuk nak mainan. Sorry tak mau layan!


Ok, kita minum dulu. Air tin RM2.00 satu. Mahal, tapi dahaga dan anak-anak tak mahu minum air masak yang saya bawa terpaksa juga beli.



Kesian tengok muka Hadif yang bengkak.


Tapi, kesian bertukar jadi geram bila dia cuba mendera Ibu. Huhuhuhu....malas nak layan bila dia minta beli keropok.

No comments: