Friday, March 2, 2012

Sambutan Hari Lahir Hadif Syahmi

Sempena ulangtahun kelahiran Hadif Syahmi, kami sekeluarga celebrate secara kecil-kecilan di rumah. Menu istimewa pada hari tu adalah ayam goreng KFC. Sebelum makan harus baca doa dahulu



Hadif Syahmi suka makan kentang putar KFC. Jadi, itu yang dia makan dulu.


Hana Alesya pun suka juga. Tengok aksi dia nak tunjuk betapa sedapnya kentang putar itu.


Kek yang kami beli kek kecil sahaja. Kalau beli yang besar pun bukannya habis makan. Kek Spongebob menjadi pilihan.




Hana Alesya sungguh tidak sabar. Sempat dicalitnya kek untuk merasa.


Teringat kenangan dulu-dulu bila Haziq celebrate birthday, yang akan calit dulu rasa kek adalah Hadif Syahmi. Sekarang dia dah jadi abang, adiknya pula yang buat macam tu dekat dia.




Potong kek sama-sama.


Rezeki yang ada, haruslah dikongsi sama.



Happy Birthday Hadif Syahmi. Semoga jadi anak yang soleh. Bila ditanya besar nanti jawapan dia 'Polis Trafik Light'. Mungkinkah tahun depan akan berubah?

No comments: