Wednesday, March 21, 2012

Sate Kajang Haji Samuri

Sudah berapa kali dah saya makan Sate Kajang Haji Samuri. Kali ini saya cuba di cawangan hentian rehat Dengkil. Kami semua dalam perjalanan ke Melaka. Cuti sekolah, bawa anak berjalan-jalan.


Senarai harga sate dan minuman. Sila sengetkan kepala anda. Saya malas nak bergerak untuk ambil gambar yang elok :D



Dekat dalam restoran boleh tengok orang tengah bakar sate dalam bilik kaca. Gambar tak berapa clear sebab Haziq yang ambil gambar. Ibu dah tak larat nak bangun. Montot hampir kematu sebab jauhnya perjalanan.



Menunggu penuh sabar makanan sampai.


Mula-mula ini yang sampai. Sate masih lagi di bakar. Lapar punya pasal, kami makan dulu timun dan nasi himpit.



Inilah satenya. Memang besar-besar, sesuai dengan harga. Makan 5 cucuk pun dah terasa kenyang. Kami order sate ayam dan rusa. Rupa nampak sama tapi rasanya lain. Sate rusa liat sikit.


Anak-anak saya memang suka makan sate.



Cuma Hadif je yang slow sikit makan. Sakit gigi. Itulah nurse nak check hari tu tak nak kasi, sekarang siapa yang susah?


3 comments:

Papa-NtiQ said...

Baru jer upload gambar2 masa makan kat satay hj samuri branch shah alam...bolih la tahan...70sen sebatang.....satay nye biase hanya kuah dan sambal yang kelainan skit dari orang lain.....nanti senang2 tu singgah la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik pasal review restoren2 yg saya visit....dan jangan lupa follow blog saya yer TQ TQ TQ

Aishah Megahasz said...

Papa-NtiQ: Insyallah...

miaqaisarah.com said...

Mmmm.. memang sedap sangat satay kajang ni.. tambah-tambah makan masa open house beramai-ramai dengan kawan-kawan memang lagi lah menyelerakan..

Masa open house ni la banyak saya makan satay kajang.. :)

http://miaqaisarah.com/2015/08/06/jamuan-raya-supermom/